Mufti Negeri Perlis
Mufti Negeri Perlis ialah satu jawatan tertinggi dalam Jabatan Agama Islam Negeri Perlis dan mempunyai kuasa tertinggi dalam mentafsirkan dan menjelaskan fatwa yang diperlukan oleh masyarakat Islam. Institusi Mufti adalah keperluan untuk menjawab segala persoalan semasa, terbaharu yang mana masyarakat keliru akan hukum halal atau haramnya.
| Mufti Negeri Perlis | |
|---|---|
![]() | |
| Gelaran | Sahibus Samahah |
| Pelantik | Raja Perlis |
| Pemegang sulung | Syeikh Mahmud Haji Muhd Saman |
| Pembentukan | 1941 |
Mufti Negri Perlis sekarang ini ialah Prof. Madya Dato' Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Senarai penyandang
| No | Penyandang | Tempoh khidmat |
|---|---|---|
| 1 | Sheikh Mahmud Haji Muhd. Saman | 1941–1945 |
| 2 | Ustaz Salleh Othman | 1945–1970 |
| 3 | Dato’ Alim Panglima Haji Mat Jahya Haji Hussin | 1984–2006 |
| 4 | Prof. Madya Dato' Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin | 2006–2008 |
| 5 | Dato' Murshid Diraja Dr. Juanda Jaya | 2009–2014 |
| 6 | Prof. Madya Dato' Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin | 2015–kini |
This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.
