Mat Sentol

Mat Sentol atau nama sebenarnya Abdul Rasip bin Yahya (lahir 26 Julai 1933) ialah salah seorang pelakon di Cathay-Keris Film Productions, Singapura sekitar 1950-an ,1960-an dan 1970-an. Mat Sentol dahulunya dikenali suatu ketika dahulu menerusi filem arahannya yang turut dilakonkan olehnya sendiri kesinambungannya dengan setiap di awal tajuk filem itu dimulakan dengan perkataan Mat diambil sempena namanya.[2]

Mat Sentol
Gambar Mat Sentol pada poster filem Mat Tenggek.
Kelahiran
Abdul Rasip bin Yahya

(1933-07-26) 26 Julai 1933[1]
Nama lainMat Sentol
Pekerjaan
Tahun aktif19581988, 1998
PasanganJamilah Kasri (berkahwin)
Anak2

Selain berlakon dan mengarah, dia juga berbakat dalam bidang animasi, penulis skrip drama dan filem, jurusolek artis dan penggunaan kesan khas yang mana beliau mencipta pelbagai teknik penggambaran dalam filem arahannya. Mat Sentol kini menetap di Johor Bahru bersama keluarganya menguruskan syarikat berkaitan pengiklanan filem.[3]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Catatan
Pelakon Pengarah
1956 Hang Tuah Penari Istana Pahang Filem pertama, penampilan kameo
1958 Sumpah Pontianak Sentol
1960 Pak Pandir Moden
Noor Islam
Tun Fatimah Askar Portugis
1961 Siti Zubaidah
Yatim Mustapha Selamat
Jalak Lenteng Kadok
1963 Tajul Ashikin Bujang
Gila Talak Pak Imam
Masuk Angin Keluar Asap Pak Imam Penampilan khas
1964 Mat Tiga Suku Mat
Pontianak Gua Musang Maidin
1965 Tiga Botak Mat
1966 Dua Kali Lima Mat
Anak Dara Untong
1967 Mat Bond Mat Bond Juga sebagai pengarah bersama
Mat Raja Kapur Mat
1968 Mat Lanun Mat
Si Murai Kancil
1969 Mat Toyol Mat
1971 Mat Karung Guni Mat
Mat Magic Mat
1972 Dara Kula
1979 Mat Tenggek Mat
Penagih Dadah
1985 Mat Spy Mat Spy
1988 Mama Mau Kahwin
1998 Jibon Amat Filem terakhir

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2011 Jangan Tidur Lagi Dirinya sendiri / tetamu undangan TV3

Rujukan

  1. "Saya Berjalan Kaki Dikatakan Hidup Melarat" - Mat Sentol.
  2. Meor Yusof Aziddin (13 September 2012). "Mat Sentol: Seniman yang dipinggirkan". The Malaysian Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-04-27. Dicapai pada 25 Februari 2014.
  3. "Bintang/artis komedi veteran". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 2015-11-07.

Pautan luar

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.