MEASAT-3a
MEASAT-3a[1] ialah satelit keempat milik MEASAT Malaysia. Satelit komunikasi ini dibina oleh Orbital Sciences Corporation, berdasarkan pelantar kapal angkasa lepas STAR-2.[2]
| Jenis misi | Komunikasi |
|---|---|
| Pengoperasi | MEASAT Satellite Systems |
| Ciri kapal angkasa lepas | |
| Bas | STAR-2 |
| Pembuat | OSC |
| Permulaan misi | |
| Tarikh pelancaran | 21 June 2009, 21:50 UTC |
| Roket | Zenit-3SLB |
| Tapak pelancaran | Baikonur 45/1 |
| Kontraktor | Land Launch |
| Parameter orbit | |
| Sistem rujukan | Geosentrik |
| Rejim | Geopegun |
| Longitud | 91.5° Timur |
MEASAT-3a berjaya dilancarkan dari Kosmodrom Baikonur, Kazakhstan oleh sebuah roket pembawa Zenit-3SLB pada 21:50 GMT 21 Jun 2009. Perancangan tarikh awal pelancaran satelit ini ialah 21 Ogos 2008 namun tidak dapat dilaksanakan atas sebab-sebab teknikal. Satelit ini seberat 2.417 tan.[3]
Rujukan
- "MEASAT-3a". MEASAT. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-16. Dicapai pada 2010-09-09.
- "Current Mission: MEASAT-3a". Sea Launch. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-08-20. Dicapai pada 2008-08-20.
- Herman Hamid (17/06/2009). "MEASAT-3a kukuh satelit Malaysia". Utusan. Dicapai pada 22 Ogos 2014. Check date values in:
|date=(bantuan)
Pautan luar
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.
This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.