Luqman Faiz

Luqman Abdul Halim Faiz (lahir 3 Mac 2000) merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia. Beliau terkenal dengan lagu sulungnya, "Kepuraanmu".[1]

Luqman Faiz
Nama lahirLuqman bin Abdul Halim Faiz
Kelahiran (2000-03-03) 3 Mac 2000
Shah Alam, Selangor, Malaysia
GenrePop, balada
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2018–kini
Syarikat rakaman
Aries Music
Pengkarya berkait
Fieya Julia

Kerjaya

Single sulungnya, "Kepuraanmu" hasil nukilan Sirkhan, Rinkarnaen dan Sang Hitam dikeluarkan pada 27 April 2018 sekaligus memperkenalkan Luqman dalam industri muzik.[2][3] Ia mendapat perhatian selepas dipilih sebagai lagu tema drama Mawar Murni di TV3. Beliau kemudian melancarkan single keduanya, "Takhta Cinta". Luqman pernah ditawarkan menyertai Big Stage musim kedua, namun menolak secara baik kerana ingin memberi tumpuan kepada pelajaran.[4]

Kehidupan peribadi

Luqman Faiz ialah anak kedua daripada tiga beradik dalam keluarganya. Ibunya ialah seorang guru agama dan bapanya telah lama meninggal dunia. Beliau menyambung pengajian dalam bidang Ukur Bangunan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Seri Iskandar, Perak namun berhenti belajar dan mengikuti jurusan muzik di universiti sama kampus Shah Alam, Selangor.

Diskografi

Single

Penampilan solo
Tahun Tajuk Catatan
2018 "Kepuraanmu"
2019 "Takhta Cinta"
2021 "Boneka Cinta"
Penampilan bersama penyanyi lain
Tahun Single Bersama Album
2019 "Assalamualaika Ya Rasulullah 2019" Fieya Julia Single
2020 "Suasana Hari Lebaran" Sufian Suhaimi, Fieya Julia, Aiman Tino, Fara Hezel dan Yazid Izaham[5]

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
2019 Anugerah MeleTOP Era 2019 Artis Baharu MeleTOP Dirinya sendiri Tercalon
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Penyanyi Lelaki Popular Tercalon [6]

Rujukan

  1. Nor Eryani Yusup (19 Oktober 2020). "Luqman Faiz takut peminat lari". Kosmo!. Dicapai pada 13 Disember 2020.
  2. "Biar poyo asal jaga prinsip - Luqman Faiz". Berita Harian. 26 Disember 2018. Dicapai pada 13 Januari 2019.
  3. Budiey (14 Oktober 2018). "Luqman Faiz tujuh kali ulang rakaman demi Kepuraanmu". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 13 Disember 2019.
  4. Qarami Hashim (9 Ogos 2019). "Tolak peluang keemasan, Luqman Faiz dedah tidak sertai Big Stage - "Ikutkan dari musim pertama dah berharap"". mStar Online. Dicapai pada 13 Disember 2019.
  5. Zaidi Mohamad (6 Mei 2020). "Paduan suara enam penyanyi". Berita Harian. Dicapai pada 6 Mei 2020.
  6. "Luqman Faiz bolos lagi ABPBH". Berita Harian. 29 Oktober 2020. Dicapai pada 13 Disember 2020.

Pautan luar

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.