Limpa
Limpa atau kura ialah organ berupa kelenjar ungu pipih tanpa saluran terletak di sebelah kiri perut bawah tulang rusuk.[1][2][3] Ia merupakan salah satu organ selain timus, tonsil dan kelenjar limfa dalam sistem limfa[4] berhubungan dengan sistem imun sefungsi melindungi tubuh badan daripada kemungkinan kerosakan disebabkan kemasukan bendasing dalam sistem.[5]
| Limpa | |
|---|---|
![]() Limpa | |
![]() Pandangan laparoskopik limpa kuda | |
| Butiran | |
| Pendahulu | Mesenkima mesogastrium dorsal |
| Arteri | Arteri limpa |
| Urat | Vena limpa |
| Saraf | Pleksus limpa |
| Pengenalpastian | |
| nama bahasa Latin | splen, lien |
| MeSH | D013154 |
| TA | A13.2.01.001 |
| FMA | FMA:7196 |
| Terminologi anatomi | |
Ia sangat berperanan membersihkan bendalir dalam sistem peredaran badan: ia menghancurkan dan menguraikan sel-sel darah merah tua serta mengumpulkan limfosit dan makrofaga.
Anatomi
Limpa terdiri dari gugusan dua jenis tisu utama iaitu pulpa merah dan pulpa putih:[3]
- Pulpa merah: 76-79% isi limpa normal[6] terdiri dari sinusoid limpa dipenuhi darah yang hendak ditapis[3][7][8]
- Pulpa putih: mengelilingi pulpa merah dipisahkan suatu "zon marginal", terdiri dari sarung limpa pariarteriola (pariarteriolar limphoid sheats, PALS) berisi limfosit T dan folikel limfoid tersusun atas sel limfosit B, makrofaga, dan sel serpihan.[9]
Rujukan
- Loscalzo, Joseph; Fauci, Anthony S.; Braunwald, Eugene; Dennis L. Kasper; Hauser, Stephen L; Longo, Dan L. (2008). Harrison's principles of internal medicine. McGraw-Hill Medical. ISBN 978-0-07-146633-2.
- Mebius, RE; Kraal, G (2005). "Structure and function of the spleen". Nature Reviews. Immunology. 5 (8): 606–16. doi:10.1038/nri1669. PMID 16056254. S2CID 3258595.
- Geneser, F. (1994). Buku Teks Histologi. 2. Diterjemahkan oleh A. F. Gunawijaya. Jakarta: Binarupa Aksara.
- Aughey, E.; Frye, F. L. (2001). Comparative Veterinary Histology with Clinical Correlates (dalam bahasa Inggeris). London: Iowa State University Press. m/s. 215-226, 250-251.
- Junquereira, L. C.; Carneiro, J. (1982). Histologi Dasar. Diterjemahkan oleh Dharma A. (ed. ke-3). Jakarta: EGC. m/s. 287–308, 323–335.
- Carl Pochedly, Richard H. Sills, Allen D. Schwartz (1989). Disorders of the spleen: pathophysiology and management. Informa Health Care. m/s. 7–15. ISBN 0-8247-7933-9.CS1 maint: uses authors parameter (link)
- Luiz Carlos Junqueira and José Carneiro (2005). Basic histology: text & atlas. McGraw-Hill Professional. m/s. 274–277. ISBN 0-07-144091-7.CS1 maint: uses authors parameter (link)
- Michael Schuenke, Erik Schulte, Udo Schumacher, Lawrence M. Ross, Edward D. Lamperti (2006). Atlas of anatomy: neck and internal organs. Thieme. m/s. 219. ISBN 1-58890-360-5.CS1 maint: uses authors parameter (link)
- (Inggeris) Ward JM, Mann PC, Morishima H, Frith CH. 1999. Thymus, Spleen, and Lymph Nodes. Di dalam: Maronpot RR, GA Boorman, BW Gaul, Editor. Pathology of the Mouse Reference and Atlas. Vienna: Cache River Press. Hlm 333-357
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.
This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.

