Lhasa

Lhasa atau kadang-kadang dieja Lasa, ialah pusat pentadbiran Wilayah Autonomi Tibet di Republik Rakyat China. Lhasa terletak di tapak Gunung Gephel.

Lhasa

Lasa
Transkripsi Bahasa Tibet
  Tulisan Tibetལྷ་ས་
  Transliterasi Wylielha sa
  sebutan IPA[ʹl̥ʰásə] or [ʹl̥ʰɜ́ːsə]
  transkripsi rasmi (PRC)Lha sa
  THDLLhasa
Transkripsi Bahasa Cina
  Tradisional拉薩
  Ringkas拉萨
  PinyinLāsà
Lhasa main street
NegaraChina
RantauTibet
PrefekturWilayah Lhasa
Kerajaan
  Datuk BandarDoje Cezhug
Luas
  Darat53 km2 (20 batu persegi)
Ketinggian
3,650 m (11,980 ft)
Penduduk
 (anggaran 2004)
  Jumlah257,400
  Bangsa-bangsa Utama
Cina Han; Tibet; Hui
  dialek setempat
Bahasa Tibet Dialek Hohhot
Zon waktu+8
Kod kawasan850000

Bandar raya ini merupakan tempat kediaman tradisi Dalai Lama dan istana-istana Potala dan Norbulingka (kedua-dua binaan ini memasuki Tapak Warisan Dunia[1]) dan dianggap sebagai pusat paling suci di Tibet dalam kepercayaan agama Buddha Tibet.

Bandar raya Lhasa diduduki 257,400 orang mengikut anggaran banci 2004, dan merupakan antara bandar-bandar tertinggi di dunia pasa altitud kira-kira 3,650 meter (11,975 kaki) dari paras laut.

Nama Lhasa bererti "tempat dewa-dewi", namun terdapat catatan Tibet kuno yang mengaku bahawa tempat ini asalnya dipanggil Rasa yang bererti "tempat kambing" sehingga awal abad ke-7.[2]

Bandar raya ini adalah sebahagian prefektur peringkat perbandaran iaitu Wilayah Lhasa yang terdiri daripada tujuh kaunti kecil: Kaunti Lhünzhub, Kaunti Damxung, Kaunti Nyêmo, Kaunti Qüxü, Kaunti Doilungdêqên, Kaunti Dagzê dan Kaunti Maizhokunggar.


Rujukan

  1. "Historic Ensemble of the Potala Palace, Lhasa". unesco. Dicapai pada 2008-02-10.
  2. Kolmaš, Josef. (1967) Tibet and Imperial China: A Survey of Sino-Tibetan Relations up to the end of the Manchu Dynasty in 1912, ms. 7. Occassional paper 7. Universiti Kebangsaan Australia - Pusat Kajian Timur, Canberra.
  • Das, Sarat Chandra. 1902. Lhasa and Central Tibet. Reprint: Mehra Offset Press, Delhi. 1988. ISBN 81-86230-17-3
  • Miles, Paul. (April 09, 2005). "Tourism drive 'is destroying Tibet' Unesco fears for Lhasa's World Heritage sites as the Chinese try to pull in 10 million visitors a year by 2020". Daily Telegraph (London), p. 4.
  • Richardson, Hugh E (1997). Lhasa. In Encyclopedia Americana international edition, (Vol. 17, pp. 281-282). Danbury, CT: Grolier Inc.
  • (2006). Lhasa - Lhasa Intro
  • Liu, Jianqiang (2006). chinadialogue - Preserving Lhasa's history (part one).

Pautan luar

Peta dan foto udara

29°39.29′N 91°07.1′E

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.