Laga (filem)
Laga merupakan sebuah filem Jenayah yang diarahkan oleh Ismail Yaacob dan dibintangi oleh Wan Hanafi Su, Marsha Milan Londoh, Syazwan Zulkifly, Tyas Mirasih. Filem ini merupakan sebuah filem bercorak Jenayah. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 23 Januari 2014.
| Laga | |
|---|---|
| Pengarah | Ismail Yaacob |
| Dibintangi |
|
Syarikat penerbitan | Business Leader Film Production |
Tarikh tayangan |
|
Durasi tayangan | 1 Jam 30 Minit |
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
Filem ini mula ditayangkan pada 23 Januari 2014 dan penerbitannya diuruskan oleh Business Leader Film Production. Filem ini ditayangkan menggunakan bahasa Melayu. Filem ini adalah remake tidak rasmi film Aadukalam.
Sinopsis
Berlatarkan sebuah perkampungan, LAGA menyingkap kisah dan maruah seorang lelaki Hassan Laga (Wan Hanafi Su) yang di perakui kehebatannya melahirkan anak didik dalam pertandingan sabung ayam yang tiada tolok banding. Selama lima tahun, musuh ketat hassan Laga iaitu Orang Kaya Dasuki (Nasir Bilal Khan) tidak pernah dapat menundukkannya di medan sabung. Tanpa dijangka, pada satu hari dalam satu pertarungan di medan sabung, Orang Kaya Dasuki berpeluang mencabar ketokohan dan mencalar maruah Hassan angkara rencana paling licik. Dalam pertarungan maruah itu, Ayu (Marsha Milan Londoh) isteri Hassan Laga yang muda jelita menjadi cagaran. Bagaimanapun, situasi meruncing apabila helah kotor Orang Kaya Dasuki berjaya dihidu dan dipatahkan anak didik Hassan yang paling berbakat, Sabri (Syazwan Zulkifly). Maruah Hassan diselamatkan tetapi kejadian itu membuka kepada konflik lain. Kecekapan Sabri sebenarnya member petanda buruk yang sekaligus membawa ancaman besar kepada tokoh laga itu. Perhatian dan sanjungan masyarakat mula beralih arah daripada si guru kepada si murid. Konflik makin kusut apabila dalam diam, Ayu mulai jatuh cinta pada Sabri. Bagai singa tua yang cedera, Hassan Laga mengagahkan diri untuk bangkit dengan satu rancangan terakhir demi mengembalikan maruah dan kelakiannya.
Pelakon
- Wan Hanafi Su sebagai Hassan Laga
- Marsha Milan Londoh sebagai Ayu
- Syazwan Zulkifly sebagai Sabri
- Tyas Mirasih sebagai Maya
- Eman Manan sebagai Seman
- Nasir Bilal Khan sebagai Orang Kaya Dasuki
- Along Eyzendy sebagai Bujang
- Rosyam Nor sebagai Inspektor Jefri
- Ruminah Sidek sebagai Mek Yah
- Fadilah Mansor sebagai Mek Zainab
- Zaidi Omar sebagai Papa Maya
- Yus Jambu sebagai Indera
- Putri Mardiana sebagai Nik Zulaikha
- Yank Kassim sebagai Man Kidal
- Riz Amin sebagai Nal Galah
Penerbitan
Filem Laga ini dihasilkan oleh Business Leader Film Production.
Keluaran dan sambutan
Filem ini dikelaskan sebagai 18 , untuk 18 tahun ke atas sahaja. (Unsur-unsur ganas, seram, seks, politik, agama dan kebudayaan)
Ulasan
Filem ini dikritik kerana menampilkan adegan ranjang, sehinggakan adegan tersebut terpaksa disunting semula atas nasihat Lembaga Penapisan Filem (LPF).[1]