Kuih akok

Kuih akok merujuk kepada sejenis kuih tradisi tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Terdapat beberapa jenis kuih akok iaitu biasanya dibuat berbentuk bujur, ikut acuan buah ulu dan akok bunga atau dikenali juga akok Kemboja. Akok rasanya manis bertelor. Cara pengandungan dan pembakaran merupakan faktor yang menjadikan sesuatu kuih akok itu sedap. Pada kebiasaannya akok nisan bewarna gelap, sementara akok daun pandan dan akok Kemboja bewarna hijau pucat. Akok berlauk mempunyai bentuk tekstur berspan.

Kuih Akok
JenisSnek atau Pencuci mulut
Tempat asal Malaysia
Kawasan Kelantan
Dicipta olehEtnik Melayu
Bahan utamaTepung gandum, Telur, Gula, Santan dan Daun pandan
di Wikibuku [[:wikibooks:Special:Search/Cookbook: Kuih Akok|Buku Masakan: Kuih akok]]  Media berkenaan di Wikimedia Commons [[:c:Special:Search/Kuih Akok|Media: Kuih akok]]
Sarang kuih akok moden.

Am

Akok adalah satu diantara makanan tradisional yang terkenal di Negeri Kelantan dan Negeri Terengganu, Malaysia.[1][2] Ia boleh dimakan sebagai makanan ringan atau sebagai pencuci mulut.

Ini dibuat dengan tepung, gula, telur, dan santan.[3]

Akok mempunyai dua varian utama. Varian pertama dibuat dari tepung, gula, telur dan santan. Varian ini biasanya dapat dilihat di Negeri Terengganu. Varian lain dibuat dari tepung, gula merah atau gula aren, yang akan menggelapkan warna akok. Varian ini biasanya terdapat di Negeri Kelantan dan nampaknya kurang gebu dibandingkan dengan varian pertama.

Akok juga boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan yang paling awam dengan bentuk seperti Bahulu.

Akok yang terbaik dimasak di dapur tradisional dengan arang, sehingga akan memberikan aroma berasap.

Penyebaran

Akok biasanya dihasilkan bagi jualan harian. Akok biasanya tidak tahan lama, dan perlu didinginkan untuk disimpan lebih lama. Pada kebiasaannya ia dihasilkan berbentuk bujur dan bewarna hijau. Disebabkan ia tidak tahan lama, akok tidak dibuat bagi jualan komersial, dan biasanya ia dihasilkan hanya bagi kegunaan sendiri, atau jualan runcit menurut tempahan, bukan untuk tujuan borong.

Akok biasanya kurang digemari oleh golongan muda kerana ia agak manis. Akok sesuai untuk dijadikan sebagai makanan petang kerana ia mudah dihidangkan, tidak melerai dan rasanya sedap.

Lihat juga

  • Akok nisan
  • Akok daun pandan
  • Akok berlauk
  • Akok Kemboja
  • Akok pisang

Rujukan

  1. name="Akok"
  2. "Akok". JKKN. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-09. Dicapai pada 9 December 2017.
  3. "EATS: Jerry serves only the best 'akok'". Dicapai pada 2017-12-17.

Pautan luar

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.