Kristal-Astro

Kristal Astro Sdn. Bhd. (Jawi: كريستل استرو) ialah sebuah penyedia perkhidmatan televisyen berbayar Brunei. Syarikat usaha sama ini dijalankan antara Kristal Sdn Bhd dan MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd di Malaysia serta merupakan satu-satunya pengendali rangkaian televisyen di Brunei.

Kristal Astro Sdn. Bhd.
Swasta
IndustriTelevisyen satelit
Ditubuhkan24 Januari 2000 (2000-01-24)
Dibubarkan31 Mac 2022 (2022-03-31)
Ibu pejabatBandar Seri Begawan, Brunei
Tempat diberi khidmat
Seluruh negara
Induk
Laman web rasmi
www.kristalastro.com

Kesemua saluran menawarkan perkhidmatan yang menyiarkan rancangan berbentuk keagamaan, kebudayaan, dan nilai sosial. Pelanggan mempunyai akses untuk perkhidmatan bayaran untuk setiap tontonan, dan juga merangkumi perkhidmatan interaktif seperti pembayaran ansuran rumah, perbelanjaan rumah, dan pendidikan.

Pelanggan dapat menerima perkhidmatan yang ditawarkan menggunakan Sistem Multimedia Digital (DMS) yang canggih iaitu sistem yang sama diguna pakai Astro di Malaysia.

Kristal Astro mengumumkan bahawa mereka bakal menutup operasinya mulai 31 Mac 2022 jam 11:59 malam.[1]

Sejarah

Kristal TV

Sejarah Kristal-Astro bermula dengan penubuhan Kristal TV (Jawi: کريستل تيۏي) iaitu sebuah rangkaian televisyen berbayar yang dimiliki oleh DataStream Technology Sdn Bhd (DST Sdn Bhd) serta rangkaian televisyen yang pertama di Brunei. Kristal TV diberikan lesen menyediakan perkhidmatan penyiaran radio dan televisyen pada 23 November 1998 lalu memulakan perkhidmatannya pada 2 Januari 1999 dengan tawaran 14 saluran televisyen kepada pelanggan di seluruh negara.[2][3]

Sebelum pengenalan Kristal TV, penduduk Brunei menonton rancangan televisyen melalui rangkaian STAR TV secara percuma selama beberapa tahun. Dengan pelancaran Kristal TV, rakyat Brunei tidak lagi dapat menonton saluran-saluran terbabit secara percuma malah beberapa saluran televisyen telah dipotong siarannya, antaranya ialah MTV, Channel V, Phoenix dan Zee Cinema.[4] Pihak Kristal TV tidak memberikan sebarang penjelasan mengenai pemotongan saluran terbabit namun umum menganggap tindakan itu adalah daripada tekanan Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei.[5]

Pada awal tahun 1999, penyiaran saluran MTV yang tenar di kalangan pemuda Brunei telah dihentikan. Ekoran kejadian ini, surat-surat rungutan telah dikirim kepada Borneo Bulletin pada bulan Januari dan Februari. Pihak kementerian dan pihak berkuasa Brunei meluahkan kebimbangan kandungan saluran tersebut yang tidak bersesuaian. Pihak kerajaan Brunei kemudiannya berkenan membenarkan penyiaran MTV manakala rancangan lain disekat.[6]

Pada 1 Februari, kerajaan Brunei mengisytiharkan saluran Astro dari Malaysia yang dicapai melalui Kristal TV menyalahi undang-undang kerana Astro tidak diberikan lesen menjalankan penyiaran di Brunei. Ratusan orang yang sedang melanggani Astro dikatakan telah melanggar undang-undang serta boleh dikenakan hukuman Br$40,000 atau penjara selama tiga tahun.[7]

Namun pada 1 Mac, kerajaan Brunei mengisytiharkan siaran Astro telah diberi lesen serta mendapat kelulusan untuk bersiaran di Brunei secara sah. Begitu pun, pemilik ceper satelit harus membuat bayaran sebanyak Br$360 setahun kepada kerajaan sebagai tambahan bayaran langganan penyiar terbabit.[7]

Usaha sama Kristal dan Astro

Kristal-Astro ialah hasil usaha sama KRISTAL Media dengan Astro Malaysia.[8] KRISTAL Media ialah sebuah anak syarikat DataStream Technology Group (DST Group) iaitu sebuah konglomerat sembilan buah syarikat perhubungan dan penyiaran.[9][10] Syarikat pemegangan DST Group iaitu DST Sdn Bhd diperbadankan pada bulan April 1995. Sebuah usaha sama antara KRISTAL Sdn Bhd dengan MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd dari Malaysia telah menghasilkan sebuah syarikat gabungan Kristal-Astro Sdn Bhd. Hasil usaha sama ini telah melancarkan perkhidmatan penyiaran Kristal-Astro secara rasmi pada 24 Januari 2000.[11][12][13][14][15]

Pelanggan Astro-Kristal menerima perkhidmatan satelit melalui Sistem Multimedia Digital (DMS) iaitu layanan sama yang diterima pelanggan Astro di Malaysia.[16] Sistem televisyen yang digunakan di Brunei ialah PAL.[17]

Menjelang tahun 2005, Kristal-Astro menawarkan lebih 30 saluran kepada para pelanggan.[18][19]

Pada tahun 2008, Kristal-Astro melancarkan rangkaian 3G agar membolehkan DST menawarkan lebih banyak saluran iaitu sejumlah 80 buah saluran televisyen dan radio.[20]

Kristal-Astro melancarkan penyiaran berdefinisi tinggi (HD) di Brunei pada bulan Jun 2010 dengan jenama Astro B.yond. Selaras dengan pelancaran tersebut, Kristal-Astro mengeluarkan Perakam Video Peribadi (PVR) Astro B.yond pada awal tahun 2011.[12]

Kristal-Astro dengan kerjasama Rewind Networks telah melancarkan saluran HITS HD (720) dalam pakej HD Kristal-Astro bermula 1 Julai 2016. Saluran ini menyiarkan rancangan televisyen bersari kata Melayu dengan gambar berdefinisi tinggi.[21]

Bermula 1 Januari 2020, saluran Phoenix CH 358 dan Phoenix Info News (323) serta saluran Sky News HD (514) ditamatkan penyiarannya melalui Kristal-Astro. Dalam masa yang sama, Kristal Astro merombak pakej perkhidmatan yang disediakan iaitu Family, Sapphire, Ruby dan Jade.[22]

Bermula 1 Mei 2021, perkhidmatan saluran Edisi Biasa (SD) Sport yang merangkumi Astro SuperSport (831), Astro SuperSport 2 (832), Astro SuperSport 3 (833), Astro SuperSport 4 (834) dan EuroSport (840) dihentikan. Pihak Kristal Astro menyatakan bahawa saluran ini hanya boleh didapati dengan kualiti definisi tinggi (HD) melalui langganan pakej Santai HD atau Santai Sport HD. Oleh sebab yang demikian, pelanggan yang masih menggunakan Set-Top Box lama disarankan bertukar kepada HD Set-Top Box bagi melanggan saluran berdefinisi tinggi.[23]

Penutupan perkhidmatan

Perkhidmatan Kristal-Astro ditamatkan bermula 1 April 2022 iaitu 22 tahun sejak permulaan perkhidmatannya lantaran kepesatan perkembangan teknologi yang membuatkan bahantara dalam talian lebih dipilih pengguna Brunei dan digantikan oleh MYTV Broadcasting dari Malaysia.[24][25]

Saluran televisyen

Siaran terestrial digital

SaluranNamaVOD
101HD TV1*
102HD TV2*
146 OKEY*
502 Bernama TV*

*Ditamatkan pada 1 April 2022.

Aneka Melayu

SaluranNamaVOD
104HD Astro Ria*
105HD Astro Prima*
106HD Astro Oasis*
107HD Astro Warna*
108HD Astro Citra*
116HD Colors*

*Ditamatkan pada 1 April 2022.

Aneka India

SaluranNamaVOD
201HD Astro Vaanavil*
203 Astro Vellithirai*
204 Makkal TV*

*Ditamatkan pada 1 April 2022.

Aneka Asia

SaluranNamaVOD
304HD Astro Xiao Tai Yang*
306HD Astro AEC*
308HD Astro Quan Jia HD*
316HD CTi Asia*
333HD Astro Hua Hee Dai*
335HD CCTV-4*
392HD KBS World*
393HD ONE*
398HD NHK World Premium*

*Ditamatkan pada 1 April 2022.

Filem

SaluranNamaVOD
411HD HBO*
412HD Cinemax*

*Ditamatkan pada 1 April 2022.

Berita

SaluranNamaVOD
501HD Astro Awani*
503HD CGTN*
511HD CNN International*
512HD BBC World News*
513HD Al Jazeera English*
516HD CNBC Asia*
517HD Bloomberg Television*
518 ABC Australia*

*Ditamatkan pada 1 April 2022.

Pembelajaran

SaluranNamaVOD
550HD Nat Geo WILD*
551HD National Geographic*
552HD Discovery*
553HD Discovery Asia*
555HD HISTORY*
556HD Animal Planet*

*Ditamatkan pada 1 April 2022.

Kanak-kanak

SaluranNamaVOD
611HD Astro Ceria*
615HD Cartoon Network*
616HD Nickelodeon*
617HD Nick Jr.*

*Ditamatkan pada 1 April 2022.

Aneka Inggeris

SaluranNamaVOD
701HD AXN*
707HD TLC*
708HD Food Network*
709HD Asian Food Network*
714HD Crime + Investigation*
716HD DMAX*
718HD MTV Asia*

*Ditamatkan pada 1 April 2022.

Sukan

SaluranNamaVOD
800HD eGG Network*
811HD Astro SuperSport*
812HD Astro SuperSport 2*
813HD Astro SuperSport 3*
814HD Astro SuperSport 4*
820HD Eurosport*
822HD Golf Channel*

*Ditamatkan pada 1 April 2022.

Saluran VAS

SaluranNamaVOD
221HD Star Vijay*
222HD Colors Tamil*
223HD Zee Tamil*
241HD Astro Box Office Movies Thangathirai*
251HD Astro Box Office BollyOne HD*
309HD Celestial Movies*
472HD - 479HD Astro First*
482HD - 489HD Astro Best*
818HD beIN Sports*
819HD beIN Sports MAX*
821HD WWE Network*
824HD Astro Cricket*

*Ditamatkan pada 1 April 2022.

Saluran radio

Stesen radio milik Radio Televisyen Malaysia

SaluranNamaBahasa
869 Nasional FM*Melayu
870 Sabah V FM*Kadazan
871 Wai FM*Iban
872 TraXX FM*Inggeris
873 Minnal FM*Tamil
874 Ai FM*Cina
875 Asyik FM*Asal, Melayu

*Ditamatkan pada 1 April 2022.

Stesen radio milik Astro

SaluranNamaBahasaAplikasi SYOK
852 HITZ*Inggeris
853 MY*Cina
854 Lite*Inggeris
855 Mix*
856 ERA*Melayu
857 Sinar*
858 Melody*Mandarin
859 Raaga*Tamil
860 SYOK Classic Rock*Inggeris
861 SYOK Gold*
862 SYOK Opus*
863 Gegar*Melayu
864 SYOK India Beat*Hindi
865 SYOK Jazz*Inggeris
866 SYOK Osai*Tamil
867 SYOK Bayu*Kadazan, Melayu
868 SYOK Kenyalang*Iban, Melayu
876 Zayan*Melayu
877 GO Xuan*Cina

*Ditamatkan pada 1 April 2022.

Galeri

Lihat juga

Rujukan

  1. Pihak Pengurusan Kristal Astro (31 Januari 2022). "Notis: Penutupan Perniagaan". KRISTAL Astro. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Januari 2022. Dicapai pada 31 Januari 2022.
  2. Banerjee, Indrajit; Logan, Stephen, penyunting (2008). Asian Communication Handbook 2008 [Buku Panduan Perhubungan Asia Tahun 2008] (dalam bahasa Inggeris). AMIC. m/s. 149. ISBN 9789814136105.
  3. "Brunei lancar TV swasta pertama". Berita Minggu. 2 Januari 1999. Dicapai pada 10 Februari 2022 melalui KLiK.
  4. The Unit 1999, m/s. 44.
  5. The Unit 1999, m/s. 45.
  6. Gunaratne, Shelton A (27 Julai 2000). Handbook of the Media in Asia [Buku Panduan Bahantara di Asia] (dalam bahasa Inggeris). SAGE Publications. m/s. 235. ISBN 9780761994275.CS1 maint: date and year (link)
  7. The Unit 1999, m/s. 48.
  8. Jeffreys, Andrew, penyunting (2011). The Report: Brunei Darussalam 2011 (dalam bahasa Inggeris). Oxford Business Group. m/s. 178. ISBN 9781907065521. OCLC 825040089.
  9. "Making Connections in Brunei" [Perhubungan di Brunei]. IP Successes in the ASEAN Region [Kejayaan IP di Rantau Asia Tenggara] (dalam bahasa Inggeris). WIPO. 8 Ogo 2014. m/s. 7.CS1 maint: date and year (link)
  10. Borneo Bulletin Yearbook 2021 (dalam bahasa Inggeris). Brunei Press Sdn Bhd. 2021. m/s. 219.
  11. "Microsoft Word - ASEAN_Study.doc" (PDF). Pertubuhan Harta Intelektual Sedunia (dalam bahasa Inggeris). m/s. 43 & 45. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 14 Januari 2022. Dicapai pada 31 Januari 2022.
  12. "KRISTAL Astro Sdn. Bhd". Kesatuan Penyiaran Asia Pasifik (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Januari 2022. Dicapai pada 31 Januari 2022.
  13. "Kristal-Astro pact to launch DTH digital satellite TV in Brunei" [Kristal-Astro bersepakat untuk melancarkan TV satelit digital DTH di Brunei] (dalam bahasa Inggeris). Business Times. 25 Januari 2000. Dicapai pada 10 Februari 2022 melalui KLiK.
  14. "Kristal-Astro dilancar ke Brunei". Berita Harian. 25 Januari 2000. Dicapai pada 10 Februari 2022 melalui KLiK.
  15. "Astro spreads wings to Brunei in joint venture" [Astro lebarkan sayap ke Brunei melalui usahasama] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 26 Januari 2000. Dicapai pada 10 Februari 2022 melalui KLiK.
  16. Che Mahzan Ahmad (2008). "Mass media in Brunei Darussalam" [Media Massa di Brunei Darussalam]. Dalam Mohd. Yusof Hussain (penyunting). Mass Media in Selected Muslim Countries [Media Massa di Beberapa Negara Islam Terpilih] (dalam bahasa Inggeris) (ed. 2). Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. ISBN 9789833855384.
  17. "Brunei Darussalam". eDiplomat (dalam bahasa Inggeris). 2 Disember 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Mei 2021. Dicapai pada 3 Februari 2022.
  18. Europa World Year Book 2005 [Buku Tahunan Dunia Eropah 2005] (dalam bahasa Inggeris). 1. Taylor & Francis Group. 21 Jul 2005. m/s. 932. ISBN 9781857433043.CS1 maint: date and year (link)
  19. The Europa World Year Book 2007 [Buku Tahunan Dunia Eropah 2007] (dalam bahasa Inggeris). 1 (ed. 48). Routledge. 2007. m/s. 972. ISBN 9781857434125.
  20. The Report: Brunei Darussalam 2010 [Laporan: Brunei Darussalam 2010] (dalam bahasa Inggeris). Oxford Business Group. 2010. m/s. 130. ISBN 9781907065293.
  21. "Rewind Networks' HITS enters into Brunei on Kristal Astro" [Saluran HITS daripada Rewind Networks memasuki pasaran Brunei melalui Kristal Astro]. HITS (Siaran akhbar) (dalam bahasa Inggeris). 15 Jun 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 April 2019. Dicapai pada 3 Februari 2022.
  22. Syahmi Hassan (6 Julai 2020). "Kristal Astro rombak pakej langganan". Media Permata Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Januari 2022. Dicapai pada 31 Januari 2022.
  23. "Kristal Astro hentikan saluran Astro SuperSport, EuroSport mulai esok". Media Permata Online. 30 April 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Januari 2022. Dicapai pada 31 Januari 2022.
  24. Hanif Azrai (31 Januari 2022). "Astro di Brunei gulung tikar selepas 21 tahun beroperasi". Soya Cincau. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Januari 2022. Dicapai pada 31 Januari 2022.
  25. Amree Ahmad (4 Februari 2022). "MYTV beri liputan terbaik di Brunei". Utusan Digital. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Februari 2022. Dicapai pada 7 Februari 2022.

Sumber

Pautan luar

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.