Kreuzer

Kreuzer atau dalam bahasa Inggeris, kreutzer,[1] ialah duit syiling perak dan unit mata wang di negeri-negeri Jerman Selatan sebelum penyatuan Jerman serta juga di Austria.

Kreuzer 1690 dari pentadbir Friedrich Karl
Kreuzer 1776 dari Bern

Sejarah awal

Pada 1559, nilai 60 Kreuzer = 1 gulden telah diterima oleh semua negeri selatan Empayar Rom Holy, akan tetapi negeri-negeri Jerman utara enggan menerimanya dan sebaliknya, menggunakan Groschen. Oleh sebab Kreuzer bernilai sekitar 4.2 Pfennig atau peni, namun satu Gulden (emas) bernilai 60 Kreuzer atau 252 Pfennig. Mata-mata wang kemudian menggunakan kadar pertukaran piawai sebanyak 240 Pfennig = 60 Kreuzer = 1 Gulden.

Conventionsmünze

Berikutan pengambilan syiling Conventionsthaler pada tahun 1754, dua ciri Kreuzer wujud. Pertama, kadang-kadang dirujuk sebagai Conventionskreuzer, bernilai 1/120 daripada satu Conventionsthaler, syiling gulden itu dinilaikan separuh Conventionsthaler. Ini digunakan di Austria-Hungary. Tetapi, negeri-negeri di Jerman selatan menggunakan Kreuzer Landmünze yang lebih kecil bernilai 1/144 daripada satu Conventionsthaler, sekaligus meletakkan nilai gulden ini pada 5/12 Conventionsthaler. Malahan, negeri-negeri Jerman selatan mengeluarkan syiling bernilai dalam Kreuzer Landmünze sehingga 6 Kreuzer Landmünze (sama dengan 5 Conventionskreuzer) tetapi dalam Conventionskreuzer untuk nilai yang lebih tinggi.

Jerman Selatan 1837-1873

Kesatuan Mata Wang Jerman Selatan 1837 menggunakan sistem 60 Kreuzer = 1 Gulden dan 1 3/4 Gulden = 1 Thaler, dengan nilai Kreuzer sama sahaja dengan nilai Kreuzer Landmünze yang lama. Kreuzer-kreuzer itu terus diedarkan sehingga sistem perpuluhan diamalkan selepas penyatuan Jerman.

Austria-Hungary 1857-1892

Austria-Hungary mengamalkan sistem perpuluhan pada 1857 dengan menggunakan sistem 100 Kreuzer = 1 Gulden, Florin Austria atau forint Hungary, serta 1 1/2 gulden = 1 Vereinsthaler. Kreuzer dikenali dalam bahasa Hungary sebagai krejcar dan dalam bahasa Romania sebagai creiţar atau crăiţar.

Lihat juga

Rujukan

  1. New Shorter Oxford English Dictionary, 1997

Pautan luar

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.