Ko So-young

Ko So-young (lahir 6 Oktober 1972) ialah seorang pelakon dan model wanita Korea Selatan.

Ko So-young
Kelahiran (1972-10-06) 6 Oktober 1972
Nama lainGo So-young
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1992–sekarang
EjenKing Entertainment
(2016-present)
PasanganJang Dong-gun (k. 2010)
Anak2
Nama Korea
Hangul
Perumian SemakanGo So-yeong
McCune–ReischauerKo Soyŏng

Kehidupan awal

Ko lahir di Seoul, Korea Selatan. Beliau menghadiri sekolah tinggi perempuan sebelum ditawarkan kemasukan ke Universiti Chung-Ang University dimana beliau mempelajari sains komputer.

Kerjaya

Ko membuat penampilan lakonan pertamanya di dalam drama Love Tomorrow pada tahun 1993. Beliau membuat penampilan filem pertamanya di dalam The Fox with Nine Tails pada tahun 1994 yang juga dibintangi oleh Jung Woo-sung. Ko mula dikenali selepas muncul di dalam filem Beat.[1] Sejak itu, beliau telah muncul di dalam beberapa filem melodrama termasuk If the Sun Rises in the West, Love Wind Love Song dan Love.

Pada tahun 2001, Ko membintangi bersama Lee Sung-jae dalam filem A Day. Persembahan lakonan beliau dipuji oleh pengkritik dan beliau memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Grand Bell.[2] Ko kembali pada tahun 2003 menerusi filem thriller, Double Agent. Beliau membintangi dua filem pada tahun 2006: filem seram, APT dan filem romantik komedi, Project Makeover. Ko berehat daripada lakonan bermula tahun 2007.

Selepas sepuluh tahun sejak penampilan terakhirnya, Ko membuat kemunculan kembali pada tahun 2017 menerusi drama KBS, Ms. Perfect.[3]

Kehidupan peribadi

Ko berkahwin dengan pelakon, Jang Dong-gun di dalam sebuah majlis yang berlangsung di Hotel Shilla Seoul pada 2 Mei 2010 semasa mengandung lima bulan. Anak pertama mereka, seorang lelaki yang diberi nama Jang Min-joon lahir pada 4 Oktober 2010.[4][5][6] Anak kedua mereka, seorang perempuan, lahir pada 25 Februari 2014.[7]

Filemografi

Filem

TahunTajukPeranan
1994The Fox with Nine TailsHarah
1997BeatRomi
1998First KissJoo-hee (kameo)
If the Sun Rises in the WestHyun-ju
1999Love Wind Love SongYoung-seo
LoveJenny
2001A DayJin-won
2003Double AgentYun Su-mi
2006APTOh Se-jin
2007Project MakeoverNa Jung-ju

Televisyen

TahunTajukPeranan
1992-1994Tomorrow Love (KBS2)Yoo Hyun-kyung
1993Mother's Sea (MBC)Kim Kyung-seo
1994-1995My Son's Woman (MBC)Choi Soo-jung
1995Sookhee (MBC)
1995Ko So-young's Dating FM (MBC Radio)
1996Star (MBC)Jang Hye-mi
1997Women (SBS)
1997Barefoot Days (KBS2)Ki Hae-jun
1998Memories (MBC)Joo-hee
2007Blue Fish (SBS)Jung Eun-soo
2017Ms. Perfect (KBS2)Shin Jae-bok

Rujukan

  1. Han, Sang-hee (2008-07-08). "Movie-Based Dramas to Fill TV Screens". Korea Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-12. Dicapai pada 2009-08-07. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. http://www.cinemasie.com/en/fiche/oeuvre/day/
  3. http://www.dramabeans.com/2016/11/go-so-young-jo-yeo-jung-courted-for-new-kbs-drama-perfect-wife/
  4. "Jang Dong-gun, Ko So-young in Star-Studded Wedding". The Chosun Ilbo. 2010-05-03. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-07. Dicapai pada 2013-08-11. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. "Jang Dong Gun-Ko So Young Couple Expecting Second Baby in Spring". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-04. Dicapai pada 2013-11-08. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  6. "Jang Dong-gun and Ko So-young expecting another child". Korea JoongAng Daily. 2013-11-08. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-28. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  7. Park Jin-hai. "Jang couple get newborn daughter". The Korea Times Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-28. Dicapai pada 2014-02-25. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Pautan luar

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.