Kilometer sejam

Kilometer sejam adalah unit bagi kelajuan (skalar) dan halaju (vektor). Simbol bagi kilometer sejam ialah km/j ataupun km·j−1, namun adakalanya ia ditulis secara tidak formal sebagai ksj sebagaimana "bsj" bagi unit batu sejam.

km/j dialihkan ke sini. Bagi rancangan televisyen terbitan RTM, sila rujuk rencana KM/J (rancangan TV).

Unit kilometer sejam digunakan secara meluas pada papan tanda had laju di jalan raya serta pada meter laju di papan pemuka kenderaan. Oleh itu, unit km/j lebih lazim digunakan dalam kehidupan seharian daripada unit SI bagi kelajuan, meter sesaat. Bersama-sama dengan kWj, km/j adalah unit metrik berasaskan jam yang paling lazim digunakan, yang mana merupakan "unit bukan SI yang diterima penggunaannya bersama-sama dengan Unit SI" oleh Biro Timbang dan Ukur Antarabangsa.[1]

Pertukaran

  • 3.6 km/j ≡ 1 m/s, unit SI bagi kelajuan, meter sesaat
  • 1 km/j ≈ 0.277 78 m/s
  • 1 km/j ≈ 0.621 37 bsj ≈ 0.911 34 kaki sesaat
  • 1 knot ≡ 1.852 km/j (nilai sebenar)
  • 1 batu = 1.609344 km (~1.61 km)[2]
  • 1 batu sejam = ~1.61 kilometer sejam
  • 1 kilometer sejam = ~0.62 batu sejam

Lihat juga

Rujukan

  1. risalah BIPM (rujukan SI)
  2. 1 ela ≡ 0.9144 m dan
    1 batu = 1760 ela, oleh itu
    1 batu = 1760 × 0.9144 ÷ 1000 km

Pautan luar

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.