KM Teratai Prima

KM Teratai Prima ialah sebuah feri Indonesia yang karam pada 11 Januari 2009 pada pukul 04:00 waktu tempatan (10 Januari 21:00 UTC) di Selat Makassar berhampiran Kabupaten Majene, Sulawesi Barat disebabkan cuaca ribut. Mereka yang terselamat menyatakan feri itu telah dilanda ombak setinggi 4 m.[1]

Kapal itu dipercayai membawa 250 penumpang dan 17 anak kapal ketika karam, selain kargo seberat 18 tan.[2] Setakat 12 Januari, 23 orang (termasuk kapten kapal) berjaya diselamatkan oleh nelayan.[3] Setakat 13 Januari pula, 34 orang berjaya diselamatkan.[4] Kapten kapal tersebut sedang disiasat kerana dikatakan tidak mengendahkan amaran dari agensi cuaca Indonesia mengenai keadaan perairan Majene yang dilaporkan terlalu bahaya.[1] Feri itu sedang dalam perjalanan malam dari Pare-Pare, Sulawesi Selatan ke Samarinda, Kalimantan Timur.[5][6]

Usaha mencari dan menyelamat cuma mula dijalankan pada siang 11 Januari. Bagaimanapun, angin kencang dan laut bergelora menjejaskan usaha tersebut.[4][7]

Rujukan

  1. "More than 250 feared dead after cyclone sinks Indonesian ferry". CBC News. 12 Januari 2009. Dicapai pada 12 Januari 2009.
  2. "Feri karam: Air pasang halang usaha menyelamat". Utusan Malaysia. 12 Januari 2009. Dicapai pada 14 Januari 2009.
  3. "23rd survivor of sinking ferry saved in Indonesian Majene waters". Xinhua News Agency. 12 Januari 2009. Dicapai pada 12 Januari 2009.
  4. "Hopes dim in Indonesia sea search". BBC News. 13 Januari 2009. Dicapai pada 13 Januari 2009.
  5. "Indonesian ferry sinks in storm". BBC News. 11 Januari 2009. Dicapai pada 11 Januari 2009.
  6. "Indonesian ferry sinks with 267 on board". The Guardian. 11 Januari 2009. Dicapai pada 11 Januari 2009. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  7. "Operasi mencari mangsa feri karam diperlahan". Utusan Malaysia. 13 Januari 2009. Dicapai pada 14 Januari 2009.
This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.