Kesatuan Astronomi Antarabangsa

Kesatuan Astronomi Antarabangsa (Bahasa Inggeris: International Astronomical Union, disingkatkan kepada IAU, Bahasa Perancis: L’union astronomique internationale, disingkatkan kepada UAI) adalah satu kesatuan yang terdiri daripada ahli astronomi profesional yang mempunyai ijazah Ph.D. dan ke atas, bergiat di dalam penyelidikan dan pendidikan profesional di dalam bidang astronomi.[3]Ia diiktiraf di peringkat antarabangsa oleh ahli-ahli astronomi/falak sebagai satu badan astronomi rasmi yang berwibawa untuk menamakan bintang-bintang, planet-planet, asteroid-asteroid, dan jasad-jasad cakrawala dan fenomena-fenomena berkaitan. Ia juga merupakan ahli kepada Majlis Sains Antarabangsa (ICSU).

Kesatuan Astronomi Antarabangsa
International Astronomical Union (IAU)
Union astronomique internationale (UAI)
Ahli negara dari 82 buah negara
Pembentukan28 Julai 1919 (1919-07-28)
Ibu pejabatParis, Perancis
Ahli82 ahli negara[1]
13,701 ahli individu[2]
Presiden
Ewine van Dishoeck
Setiausaha
Maria Teresa Lago
Laman web rasmiIAU.org

Kumpulan-kumpulan kerja termasuklah Kumpulan Kerja Untuk Tatanama Sistem Planet (WGPSN), yang mengekalkan Persetujuan Penamaan Astronomi dan tatanama planet bagi jasad-jasad planet. IAU juga bertanggungjawab kepada sistem Telegram Astronomi yang dihasilkan dan diagih-agihkan bagi pihaknya oleh Pusat Biro Telegram Astronomi. Pusat Planet Minor (MPC), satu cara pembersihan bagi semua jasad bukan planet atau bukan jasad bukan bulan di dalam sistem solar, juga beroperasi di bawah IAU.

Latar belakang

Pertubuhan ini didirikan pada 1919,sebagai penggabungan sejumlah projek internasional termasuk Carte du Ciel, Persatuan Matahari dan Biro Waktu Antarabangsa (Bureau International de l'Heure); ia pada mulanya dianggotai oleh Amerika Syarikat, Belgium, Jepun, Kanada, Perancis, United Kingdom dan Yunani, sebelum disusuli oleh Itali dan Mexico.[4]

Keanggotaan

Pertubuhan ini termasuk sebanyak 12,664 ahli individu dari 96 buah negara anggota seluruh dunia;[5] 83% daripada merupakan lelaki manakala 17% yang selebihnya perempuan.

Ia turut dianggotai 79 ahli peringkat kebangsaan yakni masyarakat pakar astronomi mewakili hubungan negara masing-masing dengan IAU, termasuk Akademi Sains Australia, Pertubuhan Astronomi China, Akademi Sains Perancis, Akademi Sains Negara India, Akademi Negara Amerika Syarikat, Yayasan Penyelidikan Negara Afrika Selatan, Majlis Penyelidikan Teknikal dan Saintifik Negara Argentina, KACST (Saudi Arabia), Majlis Balai Cerap Jerman, Pertubuhan Astronomi Diraja di United Kingdom, Pertubuhan Astronomi Diraja New Zealand, Akademi Sains Diraja Sweden, Akademi Sains Rusia dan Majlis Sains Jepun antara lainnya.[6]

Perhimpunan Am merupakan badan mentadbir pertubuhan ini yang dianggotai semua ahli; ia menentukan dasar-dasar serta mengesahkan statut dan undang-undang kecil pertubuhan ini serta melantik banyak jawatankuasa,

Kepimpinan

Senarai presiden (berdasarkan sumber yang ada):[7][8]

  • (1919–1922) Benjamin Baillaud
  • (1922–1925) William Wallace Campbell
  • (1925–1928) Willem de Sitter
  • (1928–1932) Frank Watson Dyson
  • (1932–1935) Frank Schlesinger
  • (1935–1938) Ernest Esclangon
  • (1938–1944) Arthur Eddington
  • (1944–1948) Harold Spencer Jones
  • (1948–1952) Bertil Lindblad
  • (1952–1955) Otto Struve
  • (1955–1958) André-Louis Danjon
 
  • (1958–1961) Jan Oort
  • (1961–1964) Victor Ambartsumian
  • (1964–1967) Pol Swings
  • (1967–1970) Otto Heckmann
  • (1970–1973) Bengt Strömgren
  • (1973–1976) Leo Goldberg
  • (1976–1979) Adriaan Blaauw
  • (1979–1982) Vainu Bappu
  • (1982–1985) Robert Hanbury Brown
  • (1985–1988) Jorge Sahade
  • (1988–1991) Yoshihide Kozai
 
  • (1991–1994) Aleksandr Boyarchuk
  • (1994–1997) Lodewijk Woltjer
  • (1997–2000) Robert Kraft
  • (2000–2003) Franco Pacini
  • (2003–2006) Ronald Ekers
  • (2006–2009) Catherine Cesarsky
  • (2009–2012) Robert Williams
  • (2012–2015) Norio Kaifu
  • (2015–2018) Silvia Torres-Peimbert
  • (since 2018) Ewine van Dishoeck

Lihat juga

Rujukan

  • Statutes of the IAU, VII: General Assembly, ss. 13-15
  1. National Members
  2. Geographical and Gender Distribution of Individual Members
  3. About the IAU
  4. As of 1 February 2017, IAU.org
  5. "Past Executive Committee". International Astronomical Union. Dicapai pada 18 September 2018.
  6. Колчинский И. Г., Корсунь А. А., Родригес М. Г. (1977). Астрономы. Биографический справочник (dalam bahasa Russian). Киев: Наукова Думка.CS1 maint: multiple names: authors list (link) CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.