Hypo-Arena
Hypo-Arena (dahulu dikenali sebagai
Wörtherseestadion ) ialah sebuah stadium serba guna di Klagenfurt, Austria. Ia merupakan stadium pasukan SK Austria Kärnten.
| Hypo-Arena | |
|---|---|
![]() | |
| Nama penuh | Hypo Group Arena |
| Nama lama | Wörtherseestadion menggantikan Wörtherseestadion yang dirobohkan pada 2005 |
| Lokasi | Klagenfurt, Austria |
| Dibina | 2006-2007 |
| Dibuka | 7 September 2007 |
| Pemilik | Bandar Klagenfurt |
| Permukaan | Rumput |
| Kos pembinaan | 66,500,000 Euro |
| Arkitek | Albert Wimmer |
| Kapasiti | 32,000 |
| Dimensi padang | 105 x 68 m |
| Penyewa | |
| SK Austria Kärnten | |
Stadium lama dikenali sebagai Wörtherseestadion, dibina pada 1960 dan mempunyai kapasiti sebanyak 10,900. Ia dirobohkan pada 2005 dan digantikan dengan Hypo-Arena yang baru, juga dikenali sehingga 30 Jun 2007 dengan nama "Wörtherseestadion".
Ia adalah salah satu daripada 8 stadium untuk UEFA Euro 2008, dan dibina untuk menampung 32,000 penonton. Selepas acara tersebut, kapasiti stadium ini sedang dipertimbangkan untuk dikurangkan kepada 12,500. Stadium ini dibuka secara rasmi pada 7 September 2007 dengan menjadi tuan rumah untuk perlawanan persahabatan di antara Austria dan Jepun di hadapan 26,500 penonton.
Pautan luar
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Hypo Group Arena. |
