Tan metrik

Tan metrik (bahasa Inggeris: tonne, t, atau M/T) ialah ukuran jisim yang sama dengan 1,000 kilogram. Ia bukannya unit SI, tetapi telah diterima untuk digunakan bersama-sama SI. [1] Unit SI yang wajar untuk tan metrik ialah "megagram", tetapi istilah ini tidak pernah digunakan. Walaupun ejaan tonne wujud sebelum permulaan sistem SI pada tahun 1960, ia kini merupakan ejaan piawai untuk ukuran jisim metrik dalam bahasa Inggeris. Unit imperial dan unit kebiasaan Amerika Syarikat dieja sebagai ton dalam bahasa Inggeris.

Tan metrik ditakrifkan di Amerika Syarikat pada tahun 1866 [2] sebagai millier atau tonneau. Walaupun demikian, kedua-dua istilah ini tidak lagi digunakan dan walaupun masih wujud dalam statut-statut, kedua-dua perkataan ini telah diisytiharkan sebagai perkataan kuno oleh NIST.[3]


Takrif

1 tan metrik ditakrifkan sebagai 1,000 kilogram atau 1 megagram.

Angka kandungan

Angka kandunganNama Simbol Angka kandunganNama Simbol
100tan metrikt    
101dekatan metrikdat 10–1desitan metrikdt
102hektotan metrikht 10–2sentitan metrikct
103kilotan metrikkt 10–3militan metrikmt
106 megatan metrikMt 10–6mikrotan metrikµt
109gigatan metrikGt 10–9nanotan metriknt
1012teratan metrikTt 10–12pikotan metrikpt
1015petatan metrikPt 10–15femtotan metrikft
1018eksatan metrikEt 10–18atotan metrikat
1021zetatan metrikZt 10–21 zeptotan metrikzt
1024yotatan metrikYt 10–24yoktotan metrikyt

Asal

Ejaan untuk tan metrik dalam perkataan bahasa Inggeris, tonne, berasal daripada bahasa Perancis. Dalam bahasa Inggeris Lama, ejaannya ialah tunne. Berbagai-bagai ejaan dan maksudnya (tonne, ton, tun) berasal daripada bahasa Latin akhir, "cask", iaitu tong kayu. Satu tong kayu penuh yang lebih kurang semeter tingginya boleh mencapai satu tan metrik beratnya. Perkataan tonne mungkin juga berasal daripada bahasa Celt.

Pertukaran

Satu tan metrik adalah sama dengan:

  • 1000/0.45359237 paun (tepat sama mengikut takrif) yang memberikan 2,204.622 621 848 775 807 paun (dalam 19 angka bererti)
       angka yang mudah untuk mengingati ialah 2,204.622 622 (dalam 10 angka bererti)
       atau lebih kurang 2,205 paun (cukup baik untuk kebanyakan perkiraan kerana bebanan (kes terburuk) biasanya merupakan tumpuan utama)

  • dan secara pembandingan, tan panjang dan tan pendek dalam sistem ukuran imperial masing-masing adalah tepat sama dengan 2,240 dan 2,000 paun.
    Dalam peratusan (terbalik): tan metrik ialah 98.44% (101.605%) daripada tan panjang, dan 110.25% (90.72%) daripada tan pendek.

  • 1.000 000 megagram (tepat sama). Simbolnya Mg. Istilah ini adalah istilah SI yang rasmi tetapi secara amnya tidak digunakan, baik dalam bahasa basahan, mahupun dalam industri dan perkapalan.

Penjelasan

Simbol yang rasmi untuk tan metrik ialah t. Walaupun T, mT, dan mt (khususnya dalam gabungan mmt untuk juta tan metrik ("million metric tons"), dengan Mt untuk megatan metrik (megatonne)) juga kekadang digunakan, kesemua ini tidak disyorkan kerana bercanggah dengan simbol-simbol SI antarabangsa yang disetujui. "T" ialah simbol SI untuk tesla, dan "m" ialah awalan SI untuk 'mili' yang membawa pengertian perseribu (walaupun secara amnya, awalan pecahan tidak digunakan untuk tan metrik). Te kekadang juga digunakan, khususnya untuk industri nuklear.

Di Perancis dan negara-negara yang bertuturan bahasa Inggeris dan yang sebahagian besarnya menggunakan sistem metrik, ejaan tonne digunakan secara meluas. Bagaimanapun, di Britain, tan yang digunakan sebelum pemetrikan ialah tan panjang yang terdiri daripada 2,240 paun (lebih kurang 1,016 kg). Ini hampir-hampir tepat sama dengan tan metrik sehingga banyak orang tidak banyak membezakan antara kedua-dua ini dan masih menggunakan ejaan yang lama. Umpamanya, Buku Rekod Dunia Guinness menerima pemetrikan tanpa menggantikan ejaannya. Bagi Amerika Syarikat, metric ton ialah nama untuk unit ini yang digunakan dan yang disyorkan oleh NIST. Di Amerika Syarikat, jika jenis "tan" tidak ditentukan, ia hampir selalu merujuk kepada tan pendek yang terdiri daripada 2,000 paun (kira-kira 907 kg).

Sebagaimana dengan gram dan kilogram, tan metrik menerbitkan unit daya dengan nama yang sama (kini sudah menjadi kuno): 1 tan-daya metrik = 9.80665 kilonewton (kN), unit yang sering dipanggil dengan mudah sebagai "tonne" atau "tan metrik", tanpa mengenal pastinya sebagai unit daya. Perhatikanlah bahawa hanya tan metrik yang digunakan sebagai unit jisim diterima untuk penggunaan bersama-sama SI: tan-daya atau tan-daya metrik tidak diterima.

Penggunaan jisim sebagai proksi untuk tenaga

Tan trinitrotoluena metrik (TNT) biasanya digunakan sebagai proksi untuk tenaga. Awalan-awalan juga digunakan, umpamanya kilotan metrik, megatan metrik, dan gigatan metrik, khususnya untuk menyatakan hasil senjata nuklear, berdasarkan tenaga pembakaran khusus TNT sebanyak 4.184 MJ/kg (atau satu kalori (khususnya kalori termokimia) per miligram). Oleh itu, 1 kt TNT = 4.184 TJ, dan 1 Mt TNT = 4.184 PJ.

Unit tenaga SI ialah joule. Mengandaikan bahawa TNT mengandungi 1,000 kalori (termokimia) kecil bagi setiap gram (4.184 kJ/g), satu tan TNT metrik lebih tepat dirujuk sebagai 4.184 gigajoule. Gigajoule biasanya digunakan untuk menghuraikan tenaga letupan.

  • Metric Ton juga merupakan nama untuk pancaragam hardcore dari Jacksonville, FL.

Unit terbitan

Unit tan metrik
Satu unit tan metrik (mtu) secara tradisi merujuk kepada satu tan metrik bijih yang mengandungi 1% logam yang diingini walaupun dalam penggunaan sehari-hari, ia boleh dikatakan merupakan suatu ukuran untuk logam-logam (khususnya untuk sebutan harga). Oleh itu, unit tan metrik merupakan unit jisim yang sama dengan 10 kg atau satu perseratus tan metrik.

Lihat juga

Rujukan

  1. Seksyen 4.1 dalam Sistem Unit Antarabangsa (SI), Edisi ke-8, 2006
  2. Akta 28 Julai 1866 yang dikodifikasi sebagai 15 U.S.C. §205
  3. "Sistem Ukuran Metrik: Tafsiran Sistem Unit Antarabangsa untuk Amerika Syarikat", notis Daftar Persekutuan pada 28 Julai 1998, 63 F.R. 40333 Diarkibkan 2006-09-30 di Wayback Machine

'

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.