Genting Gaza

Genting Gaza juga dikenali sebagai Semenanjung Gaza (Bahasa Arab: قطاع غزة Qiṭāʿ Ġazza/Qita' Ghazzah, Bahasa Ibrani: רצועת עזה Retzu'at 'Azza) adalah sebuah genting berpantai di sepanjang Laut Mediterranean yang ditadbir oleh Hamas. Ia bersempadankan Mesir di sebelah barat daya dan Israel di sebelah timur dan utara. Panjangnya kira-kira 41 kilometer (25 bt), dan di antara 6 hingga 12 kilometer (3.7 hingga 7.5 bt) lebar dengan satu keluasan berjumlah 360 kilometer persegi (140 bt2). Kawasan ini tidak diiktiraf pada peringkat antarabangsa sebagai sebahagian daripada negara berdaulat tetapi ia dituntut oleh Pihak Berkuasa Palestin sebagai sebahagian dari Wilayah Palestin. Semenjak Jun 2007 selepas pertempuran Gaza, kawasan ini sebenarnya dikuasai oleh kerajaan de facto Hamas.

Semenanjung Gaza
سمننجوڠ ڬز

Gaza
قطاع غزة Qiṭāʿ Ġazza
רצועת עזה Retzu'at 'Azza
Bandar terbesarGaza
Bahasa rasmiBahasa Arab, Ibrani
KerajaanKerajaan pimpinan Hamas
 Presiden
Mahmoud Abbas
Ismail Haniyeh
Organisasi 
September 13, 1993 Perjanjian Oslo
 Ditandatangani
PA telah mengambil pentadbiran pada bulan Mei 1994; kawal sepenuhnya pada bulan September 2005; Kawalan Hamas semenjak 2007 (Israel masih mengawal Ruang udara dan keluar masuk pesisiran maritim)
Luas
 Jumlah
360 km2 (140 bt2) ([[Daftar negara menurut luas wilayah|ke-165 (bersama Palestin)]])
Populasi
 Perkiraan Julai 2007
1,481,080 (ke-149)
 Bancian penduduk
9, 520
4,118/km2 (10,665.6/sq mi) (ke-6)
 Jumlah
$770 juta (ke-160)
$600 (ke-167)
Mata wangPaun Mesir (de facto)
Sheqel
(PSS)
Zon waktu
(UTC+2)
 Musim panas (DST)
UTC+3
Kod panggilan970

Wilayah ini mengambil nama sempena nama bandaraya utamanya iaitu Gaza. Ia mempunyai kira-kira 1.4 juta penduduk berketurunan Arab Palestin (atau orang Gaza).[1]

Sejarah

Kebangkitan Hamas

Pada Ogos 2005, tentera Israel telah berundur dari jajahan persisiran dan perdana Menteri Israel ketika itu, Ariel Sharon menjanjikan Israel yang lebih selamat.

Pihak Hamas kemudiannya muncul sebagai kuasa politik dalam kekosongan politik yang terhasil itu, bagaimanapun Israel masih mengekalkan cengkaman kepada Genting Gaza, mengawal laluan darat utama ke Israel, ruang udara Gaza dan perairan ke pantai Mediterraneannya.

Pada Januari 2006, pihak Palestine, dengan sokongan pentadbiran Bush, mengadakan pilihan raya legislaf. Pihak Hamas menang majoriti akibat apa yang dikatakan kelemahan dan korupsi pihak Fatah di bawah pimpinan Abbas.

pentadbiran Bush yang tidak senang dengan kejayaan pihak Hamas menentang usaha pihak Arab bagi membentuk kerajaan bersama Palestin dan mula menekan Abbas untuk menyingkir pihak Hamas.[2]

Mahmoud Abbas kemudiannya mengistiharkan Hamas sebagai pergerakan haram dan pada Jun 2007, pihak Hamas bertindak balas dan merampas Gaza, menyingkir pasukan Fatah keselamatan yang dilatih pihak Amerika keluar. Pihak Amerika Syarikat dan Israel memberi sokongan kepada Abbas dan mengenakan sekatan ekonomi terhadap Gaza.[3]

Dengan tamatnya perdamaian yang di anjur oleh pihak Mesir pada Disember 2008 dan akibat sekatan ekonomi oleh pihak Israel, pihak Hamas mula melancarkan serangan roket dari Gaza terhadap pihak Israel.

Pihak Israel kemudian bertindak balas dan mula menyerang Gaza pada 2008. [4]Mereka bagaimanapun berundur tanpa mencapai objektif mereka bagi memusnahkan keupayaan Hamas melancarkan serangan roket terhadap pihak Israel.

Lihat juga

Rujukan

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.