Fortune Global 500

Fortune Global 500 adalah suatu kedudukan 500 perbadanan seluruh dunia diukur mengikut hasil. Senarai ini disusun dan diterbitkan oleh majalah Fortune.

Sehingga tahun 1989 ia menyenaraikan hanya perbadanan industri bukan-AS di bawah tajuk "International 500", manakala Fortune 500 mengandungi dan masih mengandungi syarikat-syarikat AS secara ekslusif . Pada tahun 1990, syarikat-syarikat AS telah ditambah untuk menyusun satu senarai kedudukan perbadanan industri yang benar-benar global mengikut jualan. Pada tahun 2005, lebih daripada 450 daripada mereka beribupejabat di Eropah (195), Amerika Syarikat (176), dan Jepun (80).[1]

Semenjak 1995, senarai berkenaan sudah pun mempunyai bentuk terkini, menyenaraikan juga perbadanan kewangan dan pembekal perkhidmatan mengikut hasil.

Senarai 2010

Ini adalah 10 teratas seperti yang telah diterbitkan pada bulan Julai 2010. Ia berdasarkan tahun fiskal syarikat yang berakhir pada atau sebelum 31 Mac 2010.[2]

Kedudukan Syarikat Negara Bidang
1 Wal-Mart Stores  Amerika Syarikat Peruncitan
2 Royal Dutch Shell  Belanda Petroleum
3 Exxon Mobil  Amerika Syarikat Petroleum
4 BP  United Kingdom Petroleum
5 Toyota Motor  Jepun Automobil
6 Japan Post Holdings  Jepun Kepelbagaian
7 Sinopec  Republik Rakyat China Petroleum
8 State Grid  Republik Rakyat China Kuasa
9 AXA  Perancis Insurans
10 China National Petroleum  Republik Rakyat China Petroleum

Manakala Fortune menyenaraikan Shell sebagai satu syarikat Belanda, syarikat ini menegaskan bahawa ia merupakan syarikat kedua-dua Belanda dan British.[3]

Pemecahan 2015 mengikut negara

Ini adalah kedudukan 10 negara teratas dengan syarikat paling Global 500 companies.[4]

RankCountryCompanies
1 Amerika Syarikat128
2 Republik Rakyat China106
3 Jepun53
4 Perancis32
5 United Kingdom29
6 Jerman28
7 Korea Selatan17
8 Belanda15
9  Switzerland12
9 Kanada11

Senarai 2009

Pemecahan 2009 mengikut bandar raya

Ini adalah pemecahan mengikut bandar raya (bukan kawasan metropolitan) seperti yang dinilai oleh Fortune pada senarai tahun 2009.[5] 10 bandar raya teratas dengan syarikat-syarikat paling Global 500 disenaraikan. Senarai 2010 tidak memasukkan satu senarai bandar raya yang disusuin oleh syarikat-syarikat Fortune 500.

KedudukanBandar rayaNegaraBilangan syarikat Global 500
Global 500
Hasil ($ juta)
1Tokyo Jepun512,237,560
2Paris Perancis271,399,172
3Beijing Republik Rakyat China261,361,407
4New York Amerika Syarikat18869,150
5London United Kingdom15994,772
6Seoul Korea Selatan11519,351
7Madrid Sepanyol9434,393
8Toronto Kanada7195,510
8Zürich  Switzerland7242,595
8Osaka Jepun7291,492
8Moscow Rusia7380,530
8Munich Jerman7485,386

Notakaki

  1. "PDF-Human Rights Policies and Management Practices: Results from questionnaire surveys of Governments and Fortune Global 500 firms" (PDF). Dicapai pada 2008-03-06.
  2. "Global 500". Fortune. Dicapai pada Julai 8, 2010.
  3. "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-01. Dicapai pada 2010-08-30.
  4. "Global 500 2010: Countries - Australia". Fortune. Dicapai pada July 8, 2015. Number of companies data taken from the "Pick a country" box.
  5. "Global 500 2009: Cities". Fortune. Dicapai pada Julai 10, 2009.

Lihat juga

  • Forbes Global 2000
  • Fortune 500
  • Senarai syarikat mengikut keuntungan
  • Senarai syarikat mengikut pekerja
  • Senarai syarikat perbadanan mengikut pemodalan pasaran

Pautan luar

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.