Floem
Dalam tumbuhan pembuluh, floem atau pembuluh tapis ialah sejenis tisu penting pada jaringan pengangkutan yang terdapat pada tumbuhan. Floem bekerja untuk mengedarkan hasil fotosintesis ke seluruh bahagian tumbuhan. Namanya diambil daripada kata Greek φλόος (phloos) "kulit kayu". Pasangannya ialah xilem.

Floem (oren) mengangkut produk fotosintesis ke pelbagai bahagian tumbuhan.
This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.