Mr. Os (filem)
Mr. Os merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1987. Filem Mr. Os diterbitkan dalam bentuk filem warna.
| Mr. Os | |
|---|---|
| Pengarah | A. R. Badul |
| Penulis | A. R. Badul |
| Dibintangi | Mr.Os, Ziela Jalil |
Tarikh tayangan | 1987 |
| Negara | |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
Filem Mr. Os mula ditayangkan pada 1987 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Mr. Os, Ziela Jalil, Salih Yaacob dan ramai lagi.
Pengarah
Filem Mr. Os diarah oleh pengarah A. R . Badul pada 1987.
Ringkasan
Os adalah seorang lelaki Perak yang pada mulanya menjaga swimming pool, menjual durian D24 dan juga sahabat yang sejati. Os mendapat harta peninggalan datuknya sebanyak RM 500,000. Dia mesti menghabiskan wang itu dalam tempoh 21 hari tanpa membeli harta untuk simpanan sendiri. Sekiranya dia gagal berbuat demikian harta warisan itu akan diserahkan kepada sebuah syarikat milik En Bakar dan Mr Tan iaitu rakan seperniagaan datuknya dahulu. Walaupun Os berbelanja boros, pada hari terakhir sebelum tempoh tamat os masih ada M$20,000.
Pelakon

- Mr. Os sebagai Os dan Dato' Osman
- Ziela Jalil sebagai Ziela
- Salih Yaacob Sebagai Sahabat Os.
- A. R. Badul sebagai Bodyguard
- Rima Rashidi sebagai Rima
- Faridah Fasha sebagai Peguam
- Raffi Hussain sebagai Zain
- Karim Latiff sebagai En. Bakar
- Rose Hashim sebagai Suzie
Lagu
- Durian Dah Berbunga (Deghoyan Dah Berbunge) nyanyian Mr. Os
- Jiwa Remaja nyanyian Rima Rashidi
- Haru Biru Blues nyanyian Mr. Os
Pencapaian
Lihat juga
Pautan luar
- Mr. Os Diarkibkan 2011-09-28 di Wayback Machine di Sinema Malaysia
- Mr. Os di Filem Kita