Lela Manja
Filem Lela Manja merupakan sebuah filem Melayu hitam putih, yang dihasilkan tahun 1960. Ia diarah oleh pengarah Jamil Sulong di bawah terbitan Malay Film Productions Ltd. [1] Filem ini memandang rendah institusi beraja kerajaan melayu.
| Lela Manja | |
|---|---|
![]() Poster filem Lela Manja dalam tulisan Jawi. | |
| Pengarah | Jamil Sulong |
| Dihasilkan oleh | Vee Meng Shaw (Malay Film Productions Ltd) |
| Dibintangi | Zaiton Aziz Jaafar Ahmad Mahmud Rosnani Jamil Jins Shamsuddin |
| Sinematografi | A. Bakar Ali |
| Disunting oleh | H. R. Narayana |
| Muzik oleh | Osman Ahmad |
| Diedarkan oleh | Shaw Brothers |
Tarikh tayangan | 1960 |
| Negara | Singapura |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
Pengarah
Filem Lela Manja diarah oleh pengarah Jamil Sulong pada 1960.
Ringkasan
Filem ini mengisahkan tentang dua adik-beradik, Lela (dilakonkan oleh Seniwati Zaiton, sebagai Lela dewasa) dan adiknya, Manja (dilakonkan oleh Aziz Jaafar, sebagai Manja dewasa).
Mereka mempunyai masa kanak-kanak yang sangat sukar kerana ibu tiri mereka yang suka mendera, Dang Suri (dilakonkan oleh Normadiah). Selepas pembunuhan bapa mereka (dilakonkan oleh Salleh Kamil), mereka melarikan diri tetapi berpisah di pertengahan jalan.
Pelakon
- Zaiton sebagai Lela dewasa
- Aziz Jaafar sebagai Manja dewasa
- Ahmad Mahmud sebagai Raja Muda
- Rosnani Jamil sebagai Mawar
- Jins Shamsuddin sebagai Megat Komeng
- Bad Latiff sebagai Manja kecil
- Habibah Harun sebagai Lela kecil
- A. Rahim sebagai Panglima Harimau Berantai
- Shariff Dol sebagai Megat Sura
- Haji Mahadi sebagai Sultan
- Normadiah sebagai Dang Suri ibu tiri Lela Manja
- Salleh Kamil sebagai Sang Naka ayah Lela Manja
- Omar Suwita sebagai Pembesar Istana
- Kemat Hassan sebagai Pembesar Istana
Lagu
- Ramalan Mimpi nyanyian Aziz Jaafar & Saloma
Rujukan
- http://www.filemkita.com/filem/l/lela_manja_01.html Dicapai pada 4 Julai 2017
- https://letterboxd.com/film/lela-manja/ (Bahasa Inggeris) Dicapai pada 4 Julai 2017
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.
