Esei
Sebuah esei merupakan cebisan tulisan yang selalunya ditulis daripada pandangan peribadi seseorang pengarang. Suatu esei boleh merangkumi sejumlah elemen, termasuklah: kritikan kesusasteraan, manifesto politik, hujah-hujah yang dipelajari, pemerhatian mengenai kehidupan seharian, ingatan, dan juga refleksi kepada seseorang pengarang.

Helaian bercetak An Essay Concerning Human Understanding oleh John Locke pada tahun 1690.
Bahagian esei
Sebuah esei asas boleh dibahagi kepada tiga bahagian iaitu:
- Pertama, pendahuluan yang berisi latar belakang maklumat yang mengenal pasti subjek bahasan dan pengantar tentang subjek yang akan dinilai oleh penulis tersebut.
- Kedua, tubuh esei yang menyajikan seluruh maklumat mengenai subjek.
- Ketiga, adalah bahagian akhir yang memberikan kesimpulan dengan menyebutkan kembali idea pokok, ringkasan dari tubuh esei, atau menambahkan beberapa pemerhatian mengenai subjek yang dinilai oleh penulis.
Pautan luar
- Essay eTexts at Project Gutenberg
- The New Student's Reference Work/Essay (The)
- The Dialectic Essay -- Mount Holyoke College Diarkibkan 2008-04-24 di Wayback Machine
- The Dialectical Essay: A detailed writing guide -- Sewanee University Diarkibkan 2008-03-16 di Wayback Machine
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.
This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.