Darma Kesuma
Filem Darma Kesuma merupakan sebuah filem bahasa Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1967. Filem Darma Kesuma diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.
| Darma Kesuma | |
|---|---|
| Pengarah | S. Kadarisman |
| Penulis | Lakon layar: |
| Dibintangi | S. Rosley Dayang Sulu Tamam Idris Hussein Abu Hassan |
| Diedarkan oleh | Merdeka Film Production |
Tarikh tayangan | 1967 |
| Negara | |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
Filem Darma Kesuma mula ditayangkan pada 1967 di pawagam seluruh negara. Menampilkan S. Rosley, Hussein Abu Hassan dan ramai lagi.
Pengarah
Filem Darma Kesuma diarah oleh pengarah S. Kadarisman pada tahun 1967.
Ringkasan
Filem ini begitu menarik dengan aksi pertarungan yang mengisahkan seorang guru silat yang buta kerana perbuatan khianat anak muridnya sendiri, Wira (Hussein Abu Hassan). Muridnya yang lain, Darma Jaya (S. Rosley) cuba menuntut bela namun ditewaskan oleh Wira sehingga tempang kakinya. Sejak itu, dia memencil diri menjadi bilal di sebuah kampung. Kemudian muncul Murba (Tamam Idris) yang berkelana mencari Darma. Rupanya, Darma adalah anak guru silat buta tersebut dan mereka bersama-sama menentang Wira. Namun tindakan terburu-buru Murba menyebabkan beliau maut ditikam Wira ketika cuba menyelamatkan tunangnya. Di akhir cerita, Darma menewaskan Wira dan bertemu kembali dengan ayahnya.
Ayat yang saya cukup ingat dalam filem ini ialah kata-kata Darma : "Kau memang pengkhianat negara Wira; pengkhianat halal darahnya kau tau....."
Pelakon
- S. Rosley sebagai Darma Jaya
- Hussein Abu Hassan sebagai Wira
- Tamam Idris sebagai Murba
- Dayang Sulu
- R Jaafar
- Latiff Borgiba