Chicken Run
Chicken Run adalah filem animasi gerak henti United Kingdom tahun 2000 yang dibuat studio Aardman Animations sebagai produksi bersama DreamWorks Animation dan Pathé. Ia filem cetera pertama studio ini arahan dan nukilan bersama Peter Lord dan Nick Park berdasarkan lakon layar karangan Karey Kirkpatrick.[5]
| Chicken Run | |
|---|---|
![]() Poster filem di UK | |
| Pengarah | Peter Lord Nick Park |
| Penulis | Peter Lord Nick Park Karey Kirkpatrick |
| Dihasilkan oleh | Nick Park Peter Lord David Sproxton |
| Dibintangi | Mel Gibson Julia Sawalha Miranda Richardson Benjamin Whitrow Timothy Spall Phil Daniels Jane Horrocks Anthony Haygarth |
| Disunting oleh | Mark Solomon |
| Muzik oleh | Harry Gregson-William John Powell |
Syarikat penerbitan | |
| Diedarkan oleh | Pathé (Eropah)[1] DreamWorks (Antarabangsa, luar Eropah)[1] |
Tarikh tayangan | 23 Jun 2000 (AS) Jun 30, 2000 (UK) |
Durasi tayangan | 84 minit[3] |
| Negara | |
| Bahasa | bahasa Inggeris |
| Bajet | $45,000,000[3] |
| Pecah panggung | $224,834,564[3] |
Filem ini filem animasi gerak pegun paling laris sepanjang zaman dengan kutipan panggung sebanyak USD224 juta.[6]
Jalan cerita
Di sebuah ladang terletak di Yorkshire, England pada tahun 1959, filem ini berkisarkan sekumpulan ayam yang cuba melarikan diri apabila pemilik mereka memutuskan untuk berpindah dari menjual telur kepada menjual pai ayam.
Barisan pelakon suara
- Julia Sawalha sebagai Ginger, seekor ayam yang bijak dan tajam akal berbanding rakan serebannya.
- Jane Horrocks sebagai Babs, ayam paling gempal dan agak lurus perwatakannya.
- Imelda Staunton sebagai Bunty, ayam yang paling banyak bertelur dan agak sangsi dengan rancangan Ginger.
- Lynn Ferguson sebagai Mac, pembantu dan kawan Ginger berbaka Scotland yang bijak.
- Benjamin Whitrow sebagai Fowler, ayam jantan tua yang sering membebel mengenai pengalamannya sebagai maskot Royal Air Force.
- Timothy Spall sebagai Nick, seekor tikus yang bekerjasama dengan Ginger menyeludup barangan untuk meloloskan diri.
- Phil Daniels sebagai Fetcher, rakan sekerja Nick.
- Mel Gibson sebagai Rocky, seekor ayam jantan baka Amerika Syarikat yang melarikan diri dari sarkas cuba melatih ayam-ayam ladang terbang melarikan diri.
- Miranda Richardson sebagai Mrs. Tweedy, pemilik ladang ayam telur yang tamak dan mahu menjadikan ladangnya kilang pai apabila pungutan telur semakin lama semakin tidak memuaskan.
- Tony Haygarth sebagai Mr. Tweedy, suami Mrs. Tweedy yang agak bodoh dan sering diherdik namun agak tajam pemerhatian.
Rujukan
- "Chicken Run (2000)". AFI Catalog of Feature Films. Dicapai pada 16 August 2018.
- "Chicken Run (2000) - Financial Information". The Numbers. Dicapai pada 6 October 2019.
- Templat:Cite BOM
- "Chicken Run (2000)". British Film Institute. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Mac 2017. Dicapai pada 4 Mei 2016.
- McCarthy, Todd (12 June 2000). "Review: 'Chicken Run'". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 October 2015. Dicapai pada 1 October 2015.
- "The Longer View: British animation". BBC. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 September 2015. Dicapai pada 9 October 2015.
Pautan luar
- Tapak web rasmi
- Chicken Run di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Templat:BCDB title
- (Inggeris) Chicken Run di AllMovie
This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.
