Cha In-ha

Lee Jae-ho (Hangul: 이재호) dikenali dengan nama samaran Cha In-ha (Hangul: 차인하), (lahir 15 Julai 1992  meninggal 3 Disember 2019 pada umur 27 tahun)[1] [2] merupakan seorang pelakon dan penyanyi berasal dari Korea Selatan.[3] Dia dikenali melalui drama The Banker, Clean with Passion for Now, dan Love with Flaws. Dia juga merupakan bekas anggota kumpulan muzik Surprise U dibawah label Fantagio.

Cha In-ha
차인하
Kelahiran
Lee Jae-ho

(1992-07-15)15 Julai 1992
Meninggal dunia3 Disember 2019(2019-12-03) (umur 27)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2017–2019
EjenFantagio

Biografi

Cha In-ha lahir dengan nama Lee Jae-ho pada 15 Julai 1992.[4] Dia memulakan kerjayanya sebagai anggota kumpulan muzik Surprise U pada tahun 2017.[5] Dia juga membintangi filem pendek bertajuk You, Deep Inside of Me.[5] Dia berperanan sebagai Hwang Jae-min dalam drama Clean with Passion for Now.[6] Selain itu, In-ha muncul dalam drama Are You Human Too? dan Temperature of Love.[5] Dalam masa kematiannya, dia masih berperanan dalam drama Love with Flaws sebagai Joo Won-seok.[7]

Kematian

Cha In-ha meninggal dunia pada 3 Disember 2019[8] dengan penyebab yang masih belum diketahui.[9] Dia ditemui telah meninggal dunia oleh pengurusnya di rumahnya.[10][11] Agen In-ha, Fantagio, meminta agar tidak menyebarkan "khabar angin dan laporan spekulasi" yang melibatkan kematiannya bagi menghormati keluarganya dan mereka telah menyatakan bahawa pengebumiannya dilakukan secara tertutup.[12] Pihak polis menyatakan bahawa Cha In-ha tidak meninggalkan sebarang "pesanan terakhir" dan pihak keluarga meminta untuk tidak dilakukan tindakan bedah siasat.[12]

The New York Times, The Guardian, dan Deadline Hollywood telah melakukan perbandingan kematiannya dengan kematian Sulli dan Goo Ha-ra dimana kedua-duanya meninggal dunia pada usia muda dalam tempoh waktu dua bulan sebelum kematian In-ha.[4][13][8] The Korea Times melaporkan mengenai kebimbangan terhadap kejadian peniruan bunuh diri yang semakin meningkat.[14]

Filemografi

  • You, Deep Inside of Me (2017)[4]
  • Temperature of Love (2017)[5]
  • Queen of Mystery 2 (2018)[4]
  • Wok of Love (2018)[5]
  • Are You Human Too? (2018) [5]
  • Clean with Passion for Now (2018-2019)[15]
  • The Banker (2019)[8]
  • Love with Flaws (2019)[4]

Rujukan

Pautan luar

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.