Bukit Broga
Bukit Broga terletak di bahagian Timur Pekan Semenyih, Selangor Darul Ehsan sejauh 4 kilometer menghala ke Broga. Ketinggiannya ialah 400 meter dari paras laut.
| Bukit Broga | |
|---|---|
| Titik tertinggi | |
| Ketinggian | 400 m (1,300 ka) |
| Geografi | |
| Lokasi | Semenyih |
Bukit Broga kini menjadi tumpuan orang ramai terutama di hari minggu dan cuti umum sebagai tempat rekreasi. Malahan dengan ketinggian yang sederhana ini mampu menjadi lokasi latihan bagi mereka yang suka dengan aktiviti pendakian.
Bukit Broga juga menjadi lokasi bagi penggemar fotografi untuk merakam gambar matahari terbit dan terbenam. Ia juga merupakan awal pendakian untuk mendaki gunung Tok Wan.
Pautan Luar
http://www.naturemalaysia.com/broga-hill.htm [Bukit Broga]
This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.