Bintangur
Bintangor merujuk ke sini. Untuk nama tempat, sila lihat: Bintangor, Sarawak.
| Bintangur | |
|---|---|
![]() | |
| Buah Bintangur (Calophyllum inophyllum) | |
| Pengelasan saintifik | |
| Alam: | |
| (tanpa pangkat): | |
| (tanpa pangkat): | |
| (tanpa pangkat): | |
| Order: | |
| Keluarga: | Calophyllaceae |
| Genus: | Calophyllum |
| Spesies | |
|
Calophyllum acutiputamen | |
Bintangur atau Bintangor adalah salah satu spesies tumbuhan dalam famili Calophyllaceae yang berasal dari Semenanjung Malaysia. Nama botaninya Calophyllum spp.. Nama lainnya ialah paku acak, paka acak, penaga laut, bakakol, atau entangor.
Ciri-ciri fizikal
Pokok Bintangor tumbuh sehingga 20 meter (65 kaki). Ciri-ciri fizikalnya yang lain adalah seperti berikut:
- Kulit kayu: Berwarna kekuning-kuningan, dan mempunyai sedikit rekahan.
- Daun: Keras, dan tekstur permukaan atasnya lekit-lekit.
- Bunga: Tumbuh dalam jambak-jambak yang pendek.
- Buah: Berbentuk bulat, dengan diameternya sebanyak 2-3 sentimeter.




Kegunaan
Bintangur mungkin dapat menghentikan pembiakan virus yang menyebabkan AIDS. Batang kayunya juga digunakan sebagai perencah di Malaysia, dan Singapura.
Lihat juga
Rujukan
- Phang Wien Ho et al. A Guide to the Botanic Gardens Jungle. Pusat Sains Singapura (1983). ISBN 9971-88-010-5.
- Musa Yaacob, Azimah Abd. Kadir, Zaharah Hasan. Tumbuhan Ubatan Popular Malaysia. MARDI (2009). ISBN 978-967-936-531-3
