Bauksit

Bauksit ialah batuan enapan kaya dengan unsur aluminium, khususnya sebatian oksida aluminium dan hidroksida boehmit γ-AlO(OH) dan gibsit Al(OH)3 bersama dengan silika selain oksida besi dan mineral lempung. Bauksit merupakan sisa-sisa mendapan lempung yang lazim terdapat di kawasan tropika dan subtropika. Nama "bauksit" diambil bersempena dengan sebuah kampung di selatan Perancis yang dikenali sebagai Les Baux, tempat bijih ini mula-mula ditemui pada 1821 oleh seorang ahli geologi bernama Pierre Berthier. Pada1861, ahli kimia dari Perancis, Henri Sainte-Claire Deville menamakan bijih ini bauksit.

Bauksit dibandingkan dengan sekeping duit syiling dolar.
Bauksit dengan kerak batuan yang tidak terhakis.
Bauksit, Les Baux

Bijih bauksit terjadi di daerah tropika dan subtropika dengan memungkinkan pelapukan sangat kuat. Bauksit terbentuk daripada batuan sedimen yang mempunyai kadar Al nisbi yang tinggi, kadar Fe yang rendah dan kadar kuarsa (SiO2) yang kurang atau langsung tiada. Batuan tersebut, misalnya sienit dan nefelin berasal daripada batuan beku, batu lempung, lempung dan serpih. Batuan-batuan ini akan mengalami proses lateritisasi, yang kemudian oleh proses dehidrasi akan mengeras menjadi bauksit.

Bauksit boleh ditemui di dalam lapisan mendatar tetapi kedudukannya di kedalaman tertentu. Potensi dan cadangan endapan bauksit terdapat di Pulau Bintan, Kepulauan Riau, Pulau Bangka, dan Kalimantan serta Kuantan, Malaysia.

Trend pengeluaran

Pada 2009, Australia ialah pengeluar bauksit terbesar dengan satu pertiga daripada pengeluaran dunia, diikuti dengan China, Brazil, India, dan Guinea. Walaupun permintaan terhadap aluminium bertambah dengan cepat, simpanan bijih bauksit yang diketahui cukup untuk memenuhi permintaan dunia untuk aluminium selama beberapa abad.[1] Pertambahan dalam pengitaran semula aluminium, dengan manfaat mengurangkan kos kuasa elektrik dalam penghasilan aluminium, akan menambahkan simpanan bauksit dunia.

Jumlah simpanan bauksit yang dibuktikan x1,000 tan pada 2010[2]
Negara Pengeluaran lombong Simpanan Bes simpanan
2010 2011 (ang.)
 Guinea17,40018,0007,400,0008,600,000
 Australia68,40067,0006,200,0007,900,000
 Vietnam80802,100,0005,400,000
 Jamaica8,54010,2002,000,0002,500,000
 Brazil28,10031,0003,600,0002,500,000
 Guyana1,7602,000850,000900,000
 India18,00020,000900,0001,400,000
 Republik Rakyat China44,00046,000830,0002,300,000
 Greece2,1002,100600,000650,000
 Iran500[3]
 Suriname4,0005,000580,000600,000
 Sierra Leone1,0901,700180,000 ?
 Kazakhstan5,3105,400160,000450,000
 Venezuela2,5004,500320,000350,000
 Rusia5,4805,800200,000250,000
 Amerika Syarikat30[3]N/A20,00040,000
Negara lain2,6302,6003,300,0003,800,000
Keseluruhan dunia (dibundarkan)209,000220,00029,000,00038,000,000

Lihat juga

Nota kaki

  1. "Bauxite and Alumina" (PDF). U.S. Geological Survey. m/s. 2. Dicapai pada 9 Januari 2014.
  2. "Bauxite and Alumina" (PDF). U.S. Geological Survey (Mineral Commodity Summaries). January 2012. m/s. 27. Dicapai pada August 1, 2012.
  3. "World mineral statistics | MineralsUK". Bgs.ac.uk. Dicapai pada 2013-10-25.

Pautan luar

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.