Babi Bodoh
Babi Bodoh atau Jukut (bahasa Inggeris: Bornean Bearded Pig) merupakan sejenis spesies babi. Ia boleh dikenali melalui janggutnya yang jelas. Ia juga kadang-kala memiliki rambu/ jambul pada bahagian ekor. Nama sainsnya Sus barbatus. [1]
| Babi Bodoh |
|---|
![]() |
| Pengelasan saintifik |
|
|
|
Sus barbatus oi |
Taburan
Babi Bodoh kebanyakannya dijumpai di Asia Tenggara—Sumatera, Borneo, timur Filipina—di mana ia mendiami hutan hujan dan kawasan berpaya bakau.
Ciri-ciri
Babi Bodoh adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrat), kelas Mamalia. Dalam aturan : Artiodactyla, tergolong dalam keluarga :Suidae. Babi Bodoh adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan.
Babi Bodoh tinggal berkumpulan dalam kumpulan keluarga. Jantung Babi Bodoh terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.
Babi Bodoh di Zoo Negara Malaysia
Babi Bodoh di Zoo Negara Malaysia
Babi Bodoh di Zoo Negara Malaysia
Babi Bodoh di Zoo Negara Malaysia
Pembiakan
Sebagai mamalia, Babi Bodoh berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan. Babi Bodoh akan menjaga anaknya sehingga mampu berdikari.
Babi Bodoh mampu membiak dari usia 18 bulan dan boleh membiak silang dengan spesies lain dalam famili zoologi Suidae. Terdapat 25 ahli spesies ini di zoo Amerika.
Pengekalan
Babi Bodoh merupakan haiwan yang dilindungi and memerlukan lesen pemburuan.[2]
Subspesies
Terdapat dua subspesies bagi babi ini:[3]
- Babi Bodoh (Sus barbatus barbatus)[4]
- Babi Bodoh Barat (Sus barbatus oi)
Rujukan
- [https://books.google.com.my/books?id=N3vtAAAAMAAJ&q=%22babi+bodoh%22+sus&dq=%22babi+bodoh%22+sus&hl=en&sa=X&ved=0ahUKEwjr7rGwpbLbAhVQU30KHaaRCA0Q6AEILzAB The animal industry in Malaysia. Teh Nachiar Iskandar Fatimah, A. Hamid Ramlah, A. Rani Bahaman, Universiti Pertanian Malaysia. Faculty of Veterinary Medicine and Animal Science Faculty of Veterinary Medicine and Animal Science, Universiti Pertanian Malaysia, 1993 - Animal industry - 203 pages]
- AKTA PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR 1972 ( Akta 76 )
- Templat:MSW3 Grubb
- Stefan Loose Reiseführer Malaysia, Brunei und Singapore: mit Downloads aller ...
By Renate Loose, Stefan Loose, Mischa Loose,
Pautan luar
- Sus barbatus by Nicole Knibbe in University of Michigan Museum of Zoology
- Pigs, Peccaries and Hippos Status Survey and Action Plan (1993) Chapter 5.5 by Julian O. Caldecott, Raleigh A. Blouch and Alastair A. Macdonald.
| Senarai mamalia |
|---|
| A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z |
| Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Babi Bodoh |
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Babi Bodoh. |
