Ayman al-Zawahiri

Ayman Mohammed Rabie al-Zawahiri[1] (Bahasa Arab: أيمن محمد ربيع الظواهري  ʾAyman Muḥammad Rabīʿ aẓ-Ẓawāhirī ; lahir 19 Jun 1951) ialah seorang ulama Mesir[2] dan pemimpin al-Qaeda sekarang.[3] Sebelum ini, beliau merupakan "amir" kedua dan terakhir Jihad Islam Mesir, setelah mengambil tempat Abbud al-Zumar sebagai amir ketika kerajaan Mesir menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas al-Zumar. Isteri dan tiga orang anaknya terbunuh dalam bedilan Amerika Syarikat di Afghanistan pada tahun 2001, ekoran serangan 11 September di Amerika Syarikat. Pada 2 Mei 2011, beliau dianggap sebagai pemangku ketua al-Qaeda ekoran kematian Osama bin Laden.[4] Hal ini disahkan oleh kenyataan akhbar daripada al-Qaeda pada 16 Jun.[3] Selepas kejadian 9/11, Jabatan Negara AS menawarkan ganjaran $25 juta untuk sesiapa yang memberikan maklumat yang membawa kepada penangkapan al-Zawahiri.[5]

Ayman al-Zawahiri
Kelahiran (1951-06-19) 19 Jun 1951
Maadi, Kaherah, Mesir
PekerjaanUlama,
ketua al-Qaeda
PendahuluOsama bin Laden
PasanganAzza Ahmed
(k. 1978–2001, kematiannya)
Anak6 (3 hidup)
Ibu bapaMohammed Rabie al-Zawahiri (bapa)
Umayma Azzam (ibu)

al-Zawahiri dilaporkan mempunyai kelayakan doktor bedah; sewaktu pertubuhannya bergabung dengan al-Qaeda pimpinan bin Laden, beliau menjadi penasihat dan tabib peribadi bin Laden. Beliau mula-mula berjumpa dengan bin Laden di Jeddah pada tahun 1986.[6] Kefahaman aqidah dan sejarah Islam oleh al-Zawahiri tampak radikal sekali. Beliau fasih berbahasa Arab, Inggeris[7][8] dan Perancis. Sebagai ahli atau sekutu al-Qaeda, beliau dikenakan sekatan seluruh dunia oleh Jawatankuasa 1267 Majlis Keselamatan PBB.[9]

Pada tahun 1998, al-Zawahiri secara rasminya menggabungkan Jihad Islam Mesir ke dalam al-Qaeda. Menurut laporan oleh seorang bekas ahli al-Qaeda, beliau pernah bekerja dalam pertubuhan al-Qaeda semenjak penubuhannya lagi dan merupakan salah seorang ahli majlis syura al-Qaeda. Beliau sering disifatkan sebagai "leftenan" Osama bin Laden, walaupun periwayat lantikan bin Laden menggelar al-Zawahiri sebagai "dalang sebenar" al-Qaeda.[10]

Rujukan

  1. al-Zawahiri juga dieja al-Dhawahiri untuk mencerminkan sebutan normatif bahasa Arab klasik yang bermula dengan [ðˤ]. Sebutannya dalam loghat Mesir ialah [ˈʔæjmæn mæˈħæmmæd ɾˤɑˈbiːʕ elzˤɑˈwɑhɾi]; approximately: Ayman Mahammad Rabi Elzawahri.
  2. http://www.fbi.gov/wanted/wanted_terrorists/ayman-al-zawahiri/view
  3. BBC: Ayman al-Zawahiri appointed as al-Qaeda leader, 16 Jun 2011
  4. Juan Zarate, Chris Wragge, CBS Early Show (3 Mei 2011). Who now becomes America's next most wanted terrorist?. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-19. Dicapai pada 2011-06-18. Cite has empty unknown parameter: |trans_title= (bantuan)
  5. CNN: Egyptian doctor emerges as terror mastermind, dicapai pada 16 Jun 2011
  6. Atkins, Stephen E. (May 31, 2011). The 9/11 Encyclopedia. ABC-CLIO. m/s. 456–. ISBN 9781598849219. Dicapai pada May 6, 2011.
  7. www.memri.org. "Al-Qaeda Deputy Head Ayman Al-Zawahiri in Audio Recording: Musharraf Accepted Israel's Existence". Memri.org. Dicapai pada 3 Februari 2011.
  8. Wilkinson, Isambard (11 Ogos 2008). "Al-Qa'eda chief Ayman Zawahiri attacks Pakistan's Pervez Musharraf in video". The Daily Telegraph. London. Dicapai pada 26 April 2010.
  9. UN list of affiliates of al-Qaeda and the Taliban
  10. Baldauf, Scott (31 Oktober 2001). "The 'cave man' and Al Qaeda". Christian Science Monitor. Dicapai pada 17 April 2008.
This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.