Arkib
Arkib (Mal., Sin., Bru.)[1] atau arsip (Ind.)[1] merujuk kepada kumpulan naskhah, catatan umum dan dokumen-dokumen [2] yang disimpan dalam sebarang bentuk media serta lokasi atau binaan yang menempatkan simpanan ini.[3]

Rak-rak sebuah arkib menampilkan himpunan dokumen tersimpan rapi
Kedua-dua "arkib" dan "arsip" meminjam kata bahasa Belanda archief [ɑrˈxif, ar.khif] menyerap bahasa Perancis archives [ʔɑr'ʃiv, ar.syiv]: tampaknya "arkib" diambil terus berdasarkan sebutan Belanda manakala "arsip" mengikut sebutan bahasa Perancis. Kata ini berasal dari bahasa Yunani αρχεία arkheia, bentuk jamak dari αρχείον arkheion, "balai kota" melalui akar Bahasa Latin archīum atau archīvum.[4]
Lihat juga
Rujukan
- "'archive' - Istilah MABBIM". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 17 Ogos 2020.
- Kamus Dewan DBP. Arkib. Diarkibkan 2007-10-10 di Wayback Machine Diperolehi pada 18 Mac 2007.
- "Glossary of Library and Internet Terms". University of South Dakota Library. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Mac 2009. Dicapai pada 30 April 2007.
- archīum Diarkibkan 24 September 2015 di Wayback Machine, Charlton T. Lewis, Charles Short, A Latin Dictionary, on Perseus
Pautan luar
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Arkib |
- Portal Arkib UNESCO - lebih 8000 pautan seluruh dunia
- Majlis Antarabangsa bagi Arkib
- Persatuan Pengarkib Amerika
This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.