Antillen
Kepulauan Antillen (Bahasa Inggeris: The Antilles; Bahasa Perancis: Antilles, Bahasa Sepanyol: Antillas, Bahasa Belanda: Antillen, Bahasa Portugis: Antilhas) merupakan sebuah kepulauan disempadani Laut Caribbean di sebelah selatan dan baratnya, Teluk Mexico di sebelah barat lautnya dan Laut Atlantik di sebelah utara dan timurnya.

Kepulauan ini dibahagikan kepada dua kumpulan kecil: Antillen Besar dan Antillen Kecil. Kepulauan Antillen Besar termasuk pulau-pulau besar Cuba, Jamaica, Puerto Rico, Hispaniola (dibahagikan kepada Haiti dan Republik Dominica) dan Kepulauan Cayman. Kepulauan Antillen Kecil pula terdapat Kepulauan Lindung Angin, Kepulauan Hadap Angin, dan Kepulauan Antille Lindung Angin di utara Venezuela. Kepulauan Lucayan (terdiri daripada Bahamas serta Kepulauan Turks dan Caicos) secara umumnya tidak dikategorikan bersama dalam kepulauan besar ini meskipun berada sebahagian daripada Hindia Barat.[1]
Secara geografinya, kepulauan Antille dianggap sebagai satu subkawasan Amerika Utara. Cuba, Republik Dominica dan Puerto Rico – dan kadangkalanya keseluruhan pulau-pulau ini – dikira mengikut konteks budaya sebagai sebahagian daripada Amerika Latin, namun ada sesetengah sumber mengelakkan peringkasan sosioekonomi ini dengan menggunakan "Amerika Latin dan Caribbean" (Latin America and the Caribbean). Secara geologinya pula, Kepulauan Antille Besar terdiri daripada batu kerak benua, berbeza daripada Kepulauan Antille Kecil yang kebanyakannya merupakan pulau-pulau bergunung berapi atau berterumbu karang.
Negara dan kawasan
Kepulauan Lucayan
Kepulauan Antille Besar (Greater Antilles)
Kepulauan Antille Lindung Angin (Leeward Antilles)
Aruba (Kerajaan Belanda)
Bonaire (Belanda)
Curaçao (Kerajaan Belanda)
Kawasan Pentadbiran Persekutuan Venezuela
- Los Monjes Archipelago
- Pulau La Tortuga
- Pulau La Sola
- Kepulauan Los Testigos
- Kepulauan Los Frailes
- Pulau Patos
- Kepulauan Los Roques
- Pulau Blanquilla
- Kepulauan Los Hermanos
- La Orchila
- Las Aves Archipelago
- Aves Island
Nueva Esparta
- Pulau Margarita
- Coche
- Cubagua
Kepulauan Lindung Angin (Leeward Islands)
Anguilla (United Kingdom)
Antigua dan Barbuda
- Antigua
- Barbuda
- Redonda
Kepulauan Virgin British (United Kingdom)
Guadeloupe (Perancis)
- La Désirade
- Marie-Galante
- Les Saintes
Montserrat (United Kingdom)
Saba (Belanda)
Saint Barthélemy (Perancis)- Saint Martin
- Templat:MAF (Perancis)
Sint Maarten (Kerajaan Belanda)
Saint Kitts dan Nevis
- Saint Kitts
- Nevis
Saint Eustatius (Belanda)
United States Virgin Islands (Amerika Syarikat)
- Saint Croix
- Saint Thomas
- Saint John
Kepulauan Hadap Angin (Windward Islands)
Pulau-pulau lain
Rujukan
- Some sources, such as Encarta in Spanish, include the Bahamas in the Antilles. (Sepanyol). Archived 2009-10-31.