Amir Muhammad

Amir Muhammad (lahir 5 Disember 1972) ialah seorang penulis dan pengarah filem Malaysia. Beliau mula menulis untuk penerbitan bercetak di Malaysia semenjak berusia 14 tahun lagi.

Amir Muhammad
Kelahiran (1972-12-05) 5 Disember 1972
Pusat pendidikanUniversiti East Anglia
PekerjaanPengarah filem, penulis
Tahun aktif1998kini
Laman web rasmiWriting by Amir

Pada tahun 2000, beliau menulis dan mengarah filem DV pertama Malaysia (Lips to Lips)[1] yang turut bertanding di 20th Hawaii International Film Festival, 2000 (USA), dan 14th Singapore International Film Festival, 2001. Sebahagian besar hasil kerjanya telah dipersembahkan di festival-festival antarabangsa termasuklah Festival Filem Sundance dan Festival Filem Antarabangsa Berlin. Beliau juga menerbitkan beberapa filem. Dua daripada filem-filem beliau (Lelaki Komunis Terakhir & Apa Khabar Orang Kampung) diharamkan di Malaysia.

Hasil kerja

Pengarahan filem

Pengarahan filem pendek

  • 6horts #1: Lost (2002) - Pemenang, Hadiah pengkritik untuk Filem Digital Asia Terbaik, Festival Filem Antarabangsa Singapura 2002
  • 6horts #2: Friday (2002)
  • 6horts #3: Mona (2002)
  • 6horts #4: Checkpoint (2002)
  • 6horts #5: Kamunting (2002) - Pemenang, Silver Screen Award for Filem Pendek Digital Asia Terbaik, Festival Filem Antarabangsa Singapura 2003
  • 6horts #6: Pangyau (2002)
  • Digital Compassion 02 (2002) (segmen "Petrol-Parking")
  • Wait (2004)

Penerbitan filem

  • Love Conquers All (2006) (penerbit)
  • The Amber Sexalogy (2006) (penerbit bersekutu)
  • Lelaki Komunis Terakhir (2006) (penerbit)
  • Lampu Merah Mati (2005) (penerbit eksekutif)
  • The Year of Living Vicariously (2005) (penerbit)
  • Gedebe (2003) (penerbit)
  • Snipers (2001) (penerbit bersekutu)

Lakonan

  • Chalanggai (2007) — sebagai pemilik Mercedes

Rujukan

  1. "Lips to Lips / 2000". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-02. Dicapai pada 2010-08-13.
  2. "Freedom Film Fest 2016 | Kisah Pelayaran ke Terengganu". freedomfilmfest.komas.org. FreedomFilmFest. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-22. Dicapai pada 21 August 2016.

Pautan luar

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.