Ain Edruce
Nurulain Edruce (lahir 4 Ogos 1991) merupakan seorang pengacara, model dan pelakon wanita Malaysia.[1] Beliau terkenal sebagai pengacara rancangan MBuzz dan sebagai Rosnaida dalam Kekasih Paksa Rela.[2]
Ain Edruce | |
|---|---|
| Kelahiran | Nurulain binti Edruce 4 Ogos 1991 |
| Pendidikan | Ijazah Sarjana Komposisi Muzik |
| Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
| Pekerjaan | Pelakon, model, pengacara |
| Tahun aktif | 2011–2012 2015–kini |
| Pasangan | Amirul Hafiz Mustaffa (k. 2019) |
| Anak | 1 |
Kerjaya
Ketika menuntut di UiTM, pada 2011, Ain memulakan kerjaya awal sebagai model, seterusnya memulakan kerjaya televisyennya sebagai pelakon utama bersama Melda Ahmad dan Liyana Kamarhisham dalam drama realiti Gadis Semasa Sunsilk terbitan Red Communications. Empat tahun kemudian, selepas tamat belajar di UiTM, beliau mengacarakan rancangan Girls Only Show yang bersiaran di Hypp Inspirasi, saluran gaya hidup Unifi TV. Beliau paling dikenali sebagai pengacara rancangan kapsul hiburan MBuzz selama dua minit di TV3.[3]
Beliau juga pernah menyertai rancangan televisyen realiti, Lari: Misi Mr. X bersama Mark Adam, Atu Zero dan Nonny Nadirah. Ain berlakon dalam drama Kekasih Paksa Rela lakonan Intan Najuwa dan Remy Ishak, di mana beliau memegang watak sebagai Rosnaida. Ia kemudian diikuti oleh Kenyalang I'm In Love lakonan bersama Hafeez Mikail, beliau melakonkan watak Wanda.[4] Ain menggalas peranannya sebagai salah seorang pengacara rancangan Pop Express di ntv7.[5]
Pada 4 September 2020, Ain dilantik sebagai Ketua Pegawai Diskaun Lazada Malaysia.[6]
Kehidupan peribadi
Ain Edruce merupakan anak ketiga daripada empat beradik dan merupakan pemegang Ijazah Sarjana Komposisi Muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Shah Alam, Selangor.[7][8]
Beliau bertunang dengan ahli perniagaan Amirul Hafiz Mustaffa pada 22 Jun 2019,[9] dan berkahwin pada 13 Disember.[9] Beliau dan suami, Amirul Hafiz dikurniakan seroang anak perempuan yang dilahirkan pada 19 Mei 2021.[10] Pasangan ini menamakan anak sulung mereka sebagai Soraya.[11]
Filemografi
Drama
| Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 2011 | Gadis Semasa Sunsilk | Tuti | TV3 | |
| 2017 | Kekasih Paksa Rela | Rosnaida | Slot Akasia | |
| 2018 | Kenyalang I'm In Love | Wanda | Slot Dahlia | |
| 2019 | 30 Pesanan Suara | Fatin | Slot Akasia | |
| Iktibar | Arisa | Episod: "Derita Di Sebalik Nafsu" | ||
| 2020 | Camelia | Marina | ||
Telefilem
| Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 2017 | Personal Shopper | Adik | Astro Ria | |
| 2018 | My Sweet Madu | Bella | ntv7 | Slot Luna |
| 2019 | Suluhkan Aku Cahaya | Dr. Zulaikha | TV3 | Slot Cerekarama |
| Resort Berhantu | Rosalinda | Telefilem khas sempena DFKL 2019 | ||
| Siti Selfie | Siti | TV2 | ||
| 2020 | Perang Dingin | Dayana | Awesome TV | |
Televisyen
| Tahun | Tajuk | Saluran TV | Catatan |
|---|---|---|---|
| 2015 | Girls Only Show | HyppTV | |
| Mad Markets | Go Asean | ||
| Lari: Misi Mr. X | TV3 | ||
| 2016 | Dari Bilik Sebelah (Anugerah Skrin 2016) | ||
| Karpet Merah (Anugerah Skrin 2016) | |||
| 2017 | MBuzz | Sebagai pengacara bersama Syazuwan Hassan | |
| 2018 | Trolley vs Backpackers | TV Okey | |
| Pop Express | ntv7 | ||
| Jenaka Kampung Kalut | TV3 | Sitkom, sebagai Lola | |
| I Can See Your Voice Malaysia | ntv7 | Artis jemputan | |
| 2019 | Anugerah MeleTOP Era 2019 | Astro Ria | Pengacara pra-persembahan |
| Arena Panggang (S2) | Astro Warna | Tetamu jemputan | |
| J-POP | Pengacara bersama Jiggy Masin | ||
| Ketuk-Ketuk Ramadan | TV1 | Tetamu jemputan | |
| Muzikal Lawak Superstar | Astro Warna | ||
| 2020 | Immortal Songs: Lagu Lama Menyengat Semula | TV3, Aplikasi Lazada & YouTube Rasmi TV3MALAYSIA Official | |
| Lazada Chief Discount Officer | |||
| Cannot Brain | Astro Warna | ||
| 2021 | Lagu Cinta Kita (Musim 3) | TV3 | Pengacara bersama Kamal Adli |
| Anugerah Drama Sangat 2021 | Pengacara bersama Nabila Huda | ||
Anugerah dan pencalonan
| Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
|---|---|---|---|
| 2016 | Anugerah Zalora Style 2016 | Female Style Star | Menang |
| 2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 | Artis Baharu Wanita Popular | Tercalon |
Rujukan
- Farhana Fuad (23 Mac 2018). "18 Fakta Tentang Ain Edruce Yang Tidak Ramai Tahu". EH!. Dicapai pada 16 September 2018.
- Norhayati Nordin (4 Februari 2018). "Keluar dari zon selesa". Harian Metro. Dicapai pada 1 September 2018.
- Nor Akmar Samudin (1 Oktober 2015). Ain teruja hoskan MBuzz Diarkibkan 2018-09-05 di Wayback Machine Harian Metro. Dicapai pada 5 September 2015.
- Kemelut cinta dalam Kenyalang I'm in Love Harian Metro (21 April 2018). Dicapai melalui Pressreader pada 1 September 2018.
- Farhana Ab. Rahman (21 Jun 2018). Belum ada orang kutuk suara saya Berita Harian. Dicapai pada 4 Oktober 2018.
- "Ain Edruce appointed Lazada's Chief Discount Officer". SoyaCincau. 4 September 2020. Dicapai pada 1 Disember 2020.
- Wawann Mohd (3 Julai 2018). "Tolak raih publisiti murahan: Ain Edruce". Sinar Harian. Dicapai pada 26 Ogos 2018.
- "Pertaruh bakat mencipta lagu". Utusan Malaysia. 14 November 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-16. Dicapai pada 13 Disember 2015.
- Norhayati Nordin (14 Disember 2019). "Ain Edruce kini isteri orang". Harian Metro. Dicapai pada 14 Disember 2019.
- Zaidi Mohamad (20 Mei 2021). "Ain Edruce dapat anak perempuan". Berita Harian. Dicapai pada 26 Mei 2021.
- Sairul Zamri Misrani (2 Jun 2021). "Ain Edruce dedah wajah, nama anak sulung". Kosmo!. Dicapai pada 8 Jun 2021.