Adrian Teh

Adrian Teh Kean Kok (lahir 1984) ialah penerbit dan pengarah filem Malaysia yang terkenal dengan filem PASKAL.

Adrian Teh
Kelahiran
Adrian Teh Kean Kok

1984 (umur 3738)
PekerjaanPengarah filem, penerbit eksekutif C.E.O
Tahun aktif2010–kini
Karya terkenal
Balistik
PASKAL The Movie

Kerjaya

Adrian Teh merupakan penerbit eksekutif kepada Ice Kacang Puppy Love dan pada 2010, beliau mengarah filem pertamanya iaitu Lelio Popo.

Pada tahun 2012, Teh mengarah satu lagi filem, The Wedding Diary yang dibintangi oleh Ah-Niu (pelawak tempatan), pelakon Hong Kong iaitu Elanne Kong dan Kara Hui. Pada 2014, beliau menjadi penerbit eksekutif kepada Hungry Ghost Ritual di bawah arahan pelakon Hong Kong, Nick Cheung.

Pada tahun 2014, Adrian mengarahkan filem komedi King Mahjong, yang dibintangi oleh pelakon dari Malaysia, Singapura, Hong Kong dan Taiwan. Adrian juga Pengerusi Persatuan Filem Cina Malaysia (CFAM), dan persatuan itu telah menganjurkan anugerah filem Cina pertama - Anugerah Golden Wau pada tahun 2013. Beliau berharap untuk meningkatkan kualiti filem tempatan China dan beliau juga adalah 3 finalis pada 2013 bagi kategori Ten Outstanding Young Malaysian Awards.[1]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Catatan
Pengarah Penerbit
2010 Ice Kacang Puppy Love
Lelio Popo
2012 The Golden Couple
The Wedding Diary
2013 The Wedding Diary 2
2014 Balistik
The Great Lion Kun Seng Keng[2]
Hungry Ghost Ritual
Reclaim
2015 The Noise Le Ren; sebagai pelakon
King of Mahjong
Find My Dad
2016 Let's Eat[3]
2017 Goodbye Mr. Loser
2018 The Cursed
PASKAL Kapten Stanley; sebagai pelakon
2019 WIRA
2020 Pasal Kau!
2021 Ada Hantu
2022 The Assistant

Drama

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Saluran TV
Pengarah Penerbit
2021 Model Family Celestial Movies
2021–2022 Dukun Diva Astro Citra

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan
2018 Festival Filem Malaysia ke-30 Pengarah Terbaik Paskal Tercalon

Rujukan

  1. "Adrian Teh JCI TOYM Awards 2013". www.toym.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-12. Dicapai pada 2016-01-11. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. "Award-winning Lion Dance troupe's roaring success - News | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2016-01-11.
  3. Movies - MY

Pautan luar

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.